berita

Kontroversi Diana Danielle Pegang Tangan Individu Misteri Akhirnya Terjawab

August 25th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle telah mencuri perhatian netizen di Instagram. Diana dilihat memuat naik beberapa foto dirinya ketika berada di sebuah restoran beserta kapsyen pendek dengan POV (point of view) kononnya sedang ‘dating’.

Dalam foto berkenaan, pelakon ‘Imaginur’ ini turut dilihat memegang tangan seorang individu sambil tersenyum.

Artikel Berkaitan: Pakai Baju Tanpa Lengan & Kongsi POV Sedang Dating, Diana Danielle Dikecam Netizen Tak Hormat Tempoh Iddah

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dapat Hak Penjagaan Penuh Anak-Anak

Ketika ditemui OhBulan! di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini, Diana akhirnya membuka mulut mengenai kontroversi tersebut.

Tangan Yien

Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson, 32, menjelaskan tangan yang dipegangnya itu adalah rakan wanita yang hanya dikenali sebagai Yien.

Saya pegang tangan Yien, itu tangan dia (sambil menunjukkan rakannya itu yang duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki) semasa beredar dari mahkamah berikutan prosiding tuntutan hadanah yang terakhir.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Diana sedang dilamun cinta dan tidak menghormati tempoh idah kerana memuat naik posting sebegitu.

Terdahulu, Hakim Syarie, Zulfikri Yasoa menetapkan hak penjagaan penuh dua anak, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada Diana.

Prosiding itu turut membenarkan Farid Kamil melawat anak-anak mengikut terma dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Kemelut rumah tangga Farid dan Diana berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Subang pada 10 Ogos lalu. Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof.

Farid selaku defendan dalam kes lafaz cerai tidak dapat hadir ke mahkamah kerana tidak sihat akibat pasca Covid-19.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×