berita

Pakai Baju Tanpa Lengan & Kongsi POV Sedang Dating, Diana Danielle Dikecam Netizen Tak Hormat Tempoh Iddah

August 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Diana Danielle

Perkongsian terbaharu di Instagram milik pelakon jelita, Diana Danielle telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diana Danielle Tak Menangis Kerana Sudah Bersedia, Doakan Kehidupan Baru Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Farid Kamil, Diana Danielle Cerai Talak Satu Melalui Google Meet

Baju tanpa lengan, POV dating

Diana Danielle

Menerusi perkongsian tersebut, Diana memuat naik beberapa foto dirinya ketika berada di sebuah restoran beserta kapsyen pendek dengan POV (point of view) kononnya sedang ‘dating’.

Dalam foto berkenaan, Diana turut dilihat memegang tangan seorang individu sambil tersenyum.

Meskipun, tangan tersebut dipercayai tangan rakan wanitanya, namun rata-rata wargamaya kurang senang melihat perkongsian berkenaan.

Dalam masa, wargamaya turut meluahkan rasa kurang senang melihat pakaian yang digayakan Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson apabila dikatakan agak seksi.

Aktres berusia 32 tahun itu dilihat mengenakan baju dress singkat tanpa lengan berona merah jambu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menegur Diana untuk tidak memuat naik sebarang perkongsian yang boleh menimbulkan fitnah.

Malah, netizen juga menasihati ibu kepada dua cahaya mata itu untuk menjaga pemakaiannya memandangkan dia masih lagi dalam tempoh iddah selepas diceraikan oleh bekas suami iaitu aktor Farid Kamil pada 10 Ogos lalu.

Terdahulu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu menerusi aplikasi Google Meet apabila aktor itu tidak dapat menghadirkan diri ke mahkamah disebabkan masalah kesihatan susulan dijangkiti Covid-19.

Untuk info, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×