Berjaya merangkul Anugerah Juara Lagu menerusi persembahan ‘Sumpah’, Naim Daniel ternyata bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan malah bidang nyanyian. Memiliki suara yang merdu dan kreativiti dalam menulis lagu, Naim kembali dengan lagu baru iaitu ‘Sembah’.
Sembah Naim
Pernah mencetuskan kontroversi kerana menggunakan #sembahnaim, Naim menerusi Harian Metro menjelaskan hashtag tersebut digunakan untuk memudahkan pencarian di laman sosial. Malah, lagu ciptaannya bersama Ikkie itu bukanlah bermaksud menyembah sebaliknya boleh membawa maksud ‘persembahan’ atau ‘jalan cerita’.
Sejak single pertama hingga single kelima, saya tak pernah wujudkan sebarang kontroversi kerana saya sendiri pun tak ada masa untuk itu.
Saya wujudkan tanda pagar itu untuk memudahkan pencarian di Internet dan media sosial sekiranya lagu itu dilancarkan kelak. Namun, tak sangka pula ada pihak yang berpendapat berbeza mengenainya
Katanya lagi, dia tiada niat untuk memesongkan akidah sesiapapun.
Lirik tulisan jawi
Baru beberapa jam dimuatnaik secara rasmi di laman Youtube, peminat memberikan respon positif selepas single ‘Sumpah’ menjadi hits. Sehingga kini, video mendapat lebih 60k tontonan dan trending di tangga 23.
Sumber : Youtube