berita

Kontroversi Rentas Negeri, Isa Khan Mohon Maaf

March 27th, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Beberapa hari yang lalu, nama pelakon cantik iaitu Nur Risteena dan suami, Isa Khan telah terpalit dalam satu kontroversi yang mendakwa mereka pergi ke Sabah untuk berbulan madu.

Artikel berkaitan: Dituduh Rentas Negeri Pergi Honeymoon, Risteena ‘Block’ Pengikut IG

Artikel berkaitan: ‘Kami Di Sabah Ada Urusan Kerja’ – Risteena Nafi Rentas Negeri Pergi Honeymoon

Susulan daripada kontorversi tersebut, Risteena dan Isa dipercayai sudah muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju semalam, bagi tujuan memberi keterangan.

Minta maaf

Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada pihak PDRM kerana telah melaksanakan tugas dengan adil dan bijaksana dalam meneliti kes saya dan isteri yang telah menjadi bualan sejak beberapa hari ini. Sebelum itu, saya juga ingin meminta maaf kepada pihak PDRM sekiranya ada timbul salah faham yang berpunca dari pihak saya tempoh hari.

Menurut Isa Khan, setelah memberikan kerjasama dengan pihak PDRM semalam, semua dakwaan yang timbul telah selesai dengan baik. Tambahnya, mereka tidak menyalahgunakan permit yang telah diberikan oleh pihak berkuasa. Ujarnya lagi, dia dan isteri hanya meluangkan masa bersama di tempat mereka menginap setelah selesai urusan kerja. Segala dokumen kerja yang lengkap juga telah dilampirkan kepada pihak bertugas ujar Isa.

Didakwa pergi ‘honeymoon

Terdahulu, Isa Khan berkongsi beberapa foto ‘sweet’ bersama isteri tercinta ketika berada di Semporna, Sabah. Pasangan tersebut juga dilihat menaiki bot dan menikmati makan malam yang romantik ketika berada di negeri bawah bayu itu. Menerusi posting Isa juga, mereka berdua dipercayai berada di Semporna pada 21 Mac. Meskipun pasangan tersebut sedang bergembira, timbul pula dakwaan dan persoalan bagaimana mereka boleh merentas negeri.

Di samping itu, Risteena turut menyekat kesemua individu yang berfikiran negatif di Instagram. Tambahnya lagi, dia tidak perlu individu yang negatif dalam kehidupannya.

Sumber: Isa Khan

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×