berita

Korang Berniaga? Me-O Nak Bagi Payung Parasol & Apron Percuma Untuk Peniaga Kecil Yang Terpilih!

May 12th, 2021 | by Nurul
Kini Trending

Pandemik COVID-19 yang melanda negara kita semestinya memberikan kesan kepada rakyat Malaysia, terutamanya kepada sektor ekonomi dimana ramai yang terpaksa diberhentikan kerja, tiada punca pendapatan dan bisnes terganggu. Tak kurang juga ramai yang dah pun memulakan perniagaan dan membuka gerai kecil-kecilan.

Tapi, nak mulakan bisnes ni perlukan modal yang banyak. Kadang-kadang, ada yang terpaksa meminjam barang sebab kekurangan modal. Haa..berita baik untuk peniaga-peniaga kecil, Me-O dengar rintihan korang dan nak bagi payung parasol serta apron percuma!

Jom Me-O payung bisnes korang!

Memahami kesusahaan dan masalah peniaga-peniaga kecil di Malaysia, Me-O ingin sama-sama membantu meringankan sedikit beban mereka.

Kalau korang ataupun ada kenalan yang mempunyai perniagaan kecil, korang layak untuk mendapatkan payung parasol dan apron secara PERCUMA! Jimat duit tak payah nak beli payung dah.

Nak tahu macam mana nak dapatkannya? Mudah je..

  • Korang boleh calonkan diri sendiri ataupun kenalan di www.perfectcompanion.com.my
  • Sertakan gambar hadapan dan papan tanda gerai serta isi maklumat peribadi yang sah dengan lengkap

Peniaga yang terpilih akan diumumkan di laman web Perfect Companion dan dihubungi dalam masa sebulan selepas tamat tempoh pencalonan!

Me-O makanan pilihan buat Si Meowy tersayang!

Kalau korang nak tahu, Me-O adalah jenama makanan kucing yang terkenal di Asia Tenggara ni. Siapa pencinta dan pemilik kucing mesti tak asing lagi dengan Me-O ni.

Me-O juga mempunyai pelbagai jenis pilihan makanan kucing untuk Si Meowy korang seperti makanan kering, makanan basah dan snek yang diperkaya dengan pelbagai sumber khasiat dan kebaikan.

Me-O juga dilengkapi dengan pelbagai nutrisi seimbang seperti Taurina, Vitamin C, Omega 3 & 6, Zinc, Kalsium Fosfor, Vitamin D dan boleh mencegah FLUTD serta rendah sodium.

Kalau korang berminat untuk bagi Si Meowy korang cuba Me-O, korang boleh dapatkannya di pasar raya, kedai mini dan kedai haiwan terpilih berdekatan korang. Nak lagi senang, beli je secara online di kedai rasmi Me-O di bawah:

www.pcmonlineshop.com

Lazada Official Store

Shopee Official Store

SKIP THIS AD ×