Korea miliki pelbagai tarikan dari segi budaya, alam semula jadi yang indah, bangunan bersejarah dan sebagainya. Ramai yang berminat untuk travel ke Korea. Peminat K-drama dan K-pop apatah lagi kan?
Trend Korea dalam makanan, pakaian dan hiburan tak asing lagi di Malaysia. Paling popular sekarang ialah K-beauty, iaitu rutin penjagaan dan kecantikan wajah dari Korea Selatan. Ramai nak cantik macam gadis Korea.
Kenapa kami cerita tentang Korea kali ni? Sebenarnya kami ada berita menarik daripada Watsons!
Peraduan K-Beauty Spend & Win kembali, istimewa sempena Watsons K-Beauty Festa “Be Seoul Beautiful”!
Dengan kerjasama Korea Tourism Organisation Malaysia bersama tema Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful’, kami yakin kali ni mesti lagi gempak ah. Ia akan diadakan bermula 23 April hingga 13 Mei 2024.
Lebih banyak lagi pilihan jenama kecantikan Korea yang diperkenalkan oleh Watsons pada tahun ni. Ada produk untuk penjagaan kesihatan, penjagaan kulit, penjagaan diri, kosmetik dan barangan K-pop yang menarik untuk korang rebut. Yay!
Sehingga 52 jenama yang mengambil bahagian tersedia sempena Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful’. Di antara jenama ini adalah nama-nama terkemuka seperti Mise En Scene, Torriden, Anua, ROM&ND dan banyak lagi. So, boleh la pakat dengan keluarga dan kawan-kawan untuk berbelanja di Watsons nanti!
Apa yang lebih menarik lagi, impian korang ke Korea akan jadi kenyataan guys. Nak tahu kenapa?
Watsons tawar peluang memenangi percutian 5H4M ke Korea, ini caranya!
Siapa kat sini teringin pergi Korea? Sekali seumur hidup pun jadi la eh. Sempena Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful’, ada peraduan menarik untuk korang sertai iaitu Peraduan K-Beauty Spend & Win.
Hadiah utamanya cukup lumayan. Seramai 20 orang ahli Watsons yang bertuah bakal memenangi percutian selama 5 hari 4 malam (5H4M) ke Korea. Fuh! Siapa tak nak, rugi oi. Bukan senang Watsons nak tawar peluang keemasan macam ni.
Macam mana nak sertai Peraduan K-Beauty Spend & Win ni? Mudah je guys.
Sebagai ahli Watsons, korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM120 ke atas untuk jenama produk yang mengambil bahagian di kedai dan dalam talian dalam satu resit.
Jangan lupa serahkan penyertaan korang bermula 23 April hingga 13 Mei 2024 tau. Pastikan korang jadi ahli Watsons untuk layak sertai peraduan ni!
>>KLIK SINI UNTUK HANTAR PENYERTAAN PERADUAN K-BEAUTY SPEND & WIN<<
Ini antara hadiah gempak yang bakal korang menangi dalam Peraduan K-Beauty Spend & Win. Tertakluk pada terma dan syarat.
- Hadiah Utama: Percutian 5H4M ke Korea
- Tempat Kedua: Produk kesihatan dan kecantikan Korea
- Tempat Ketiga: Bengkel K-Experience
Bukan tu je. Korang juga boleh nikmati diskaun RM10 serta-merta dengan perbelanjaan minimum RM120 di Watsons untuk jenama produk yang mengambil bahagian dan dapatkan KAKAO FRIENDS Sling Pouch yang comel dengan perbelanjaan minimum RM180 dan atas Syoknya!
Take note! Peraduan ni terbuka kepada semua ahli Watsons di seluruh negara. Kalau belum jadi ahli, korang boleh pergi ke mana-mana cawangan Watsons untuk mendaftar sebagai ahli Watsons ya.
Ini antara tempat menarik di Korea yang bakal korang kunjungi nanti!
- Gyeonggijeon Shrine, Jeonju, Jeollabuk-do
Mulakan perjalanan ke Jeonju di Kampung Hanok ikonik yang terbesar di Korea dengan 700 rumah hanok. Korang boleh rasai pengalaman memakai hanbok (pakaian tradisional Korea) dan berjalan di lorong-lorong yang dipenuhi dengan rumah hanok.
Selain tu, korang boleh melawat tempat menarik berdekatan seperti Gyeonggijeon Shrine. Ia digambarkan sebagai “istana yang dibina di atas tapak bertuah” dengan hutan buluh tebal.
Korang juga boleh melawat Jeondong Catholic Cathedral dan Jaman Mural Village. Budaya makanan Jeonju yang kaya, termasuk Bibimbapnya yang terkenal, telah menjadikannya sebagai Kota Kreatif Gastronomi UNESCO.
Laluan terpantas ke Jeonju adalah melalui KTX, kurang daripada 2 jam dari Seoul.
- Hwadam Botanic Garden Gwangju, Gyeonggi-do
Terletak di Gwangju, Gyeonggi-do, taman ni menempatkan pelbagai jenis spesies tumbuhan, termasuk tumbuhan yang jarang ditemui dan eksotik. Pengunjung boleh bersiar-siar di taman bertema yang berbeza, seperti taman bunga ros, taman kaktus dan taman tumbuhan tropika.
Taman ni juga mempunyai rumah hijau, kolam dengan teratai dan laluan pejalan kaki, menjadikannya destinasi yang sempurna untuk pencinta alam semula jadi. Arboretum mesra alam ini terletak dalam Konjiam Resort, 40 minit pemanduan dari Seoul.
- Banpo Bridge Rainbow Fountain
Moonlight Rainbow Fountain yang terkenal merentasi panjang Banpo Bridge, menghasilkan paparan visual yang menakjubkan dengan jet air dan lampu berwarna-warni. Korang boleh tengok pertunjukan air pancut dari taman berhampiran atau menaiki bot di Sungai Han untuk melihat dengan lebih dekat. Banpo Bridge Rainbow Fountain beroperasi setiap hari dari April hingga Oktober.
Korang pernah pergi ke Watsons K-Beauty Festa pada tahun lepas? Ingat lagi betapa meriahnya sambutan pada masa tu. Paling mengujakan, event yang dinantikan ramai peminat Korea ni kembali buat kali kedua!
Jom beramai-ramai ke acara Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful’ di JioSpace, PJ!
Peminat Korea dengar sini! Jom datang ke acara Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful’ selama empat hari di JioSpace, Petaling Jaya, bermula 9 hingga 12 Mei 2024. Ajak keluarga dan kawan-kawan sekali baru seronok!
Korang berpeluang untuk menyelami suasana pesta Korea, dengan aktiviti menarik termasuk pengalaman praktikal, bengkel penjagaan kulit, makanan Korea, bertemu dan bersalaman dengan content creator yang terkenal, dan banyak lagi. Mesti meriah!
Kalau korang RSVP untuk menyertai acara Watsons K-Beauty Festa ‘Be Seoul Beautiful‘, korang layak untuk menerima baucar e-tunai RM20 tau. Korang boleh klik SINI untuk RSVP. Jangan lupa datang!