Sebelum ini, pempengaruh Abang Tesla dilihat mengajukan soalan kepada isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan tentang berita kehamilan madunya, Marissa Dania.
Berikutan daripada pertanyaan tersebut, rata-rata netizen menyelar tindakan Abang Tesla kerana mengajukan soalan yang sensitif kepada Misya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disoal Tentang Dakwaan Marissa Berbadan Dua, Ini Respons Aslam – ‘Doa Yang Baik-Baik’
Artikel Berkaitan: Misya Mazlan Didakwa Hamil, Aslam Bakal Timang Cahaya Mata Ketiga?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Soalan Tentang Marissa & Aslam, Ini Respon Misya – ‘Tak Okay, Cuma Ada Sempadan Di Sebalik Sempadan’
Bukan tahu apa yang isteri pertama lalui
Terbaru, di Instagram Story, Abang Tesla sekali lagi mencuri tumpuan netizen. Kali ini, dia memberitahu bahawa Misya dan isterinya merupakan seorang wanita yang luar biasa kerana menjaga aib suami masing-masing dan tidak menaip perkara yang tidak baik di media sosial.
Tambah Abang Tesla, bukan semua individu tahu apa yang isteri pertama lalui dan mengalah.
Saya berdiri untuk Umisya. Yang kutuk-kutuk cakap bukan-bukan korang bukan tahu apa yang isteri pertama lalui. Dah banyak benda mereka mengalah. Dia hanya bercerita dengan kawan-kawan yang terdekat sahaja.
Bukan macam sesetengah orang. Sikit-sikit viral kan laki sendiri. Saya mengaku saya orang yang tak baik. Tapi asbab isteri saya sangat menjaga aib saya. Saya nampak baik.
Sebenarnya mereka inilah yang luar biasa. Boleh menahan diri dari menaip bukan-bukan dari media.
Terdahulu, Aslam, Misya, Abang Tesla dan isterinya Nurmajdina Jamari dilihat kerap meluangkan masa bersama dan bercuti di Singapura.
Sumber: Abang Tesla