berita

Korang Gilakan Masakan Pedas? Nak Lagi Pedas Jom Cuba Hidangan Di Mala Mala Restoran Sekarang!

May 10th, 2019 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bukan orang Malaysia lah kalau korang tak makan pedas. Kalau boleh, lagi pedas lagi bagus. Tak kisah breakfast ke lunch ke memang korang suka dera deria pedas korang tu kan. Makin pedas, makin seronok. Uii, memang syok lah! Nak-nak kalau korang makan dengan member kan. Eh siap buat challenge lagi!

Yang kaki pedas jangan terkejut kalau korang boleh cabar diri korang makan makanan pedas yang gila haukk punya! Nak tahu kat mana? Haa jom serbu Restoran Mala Mala. Dengar cerita dia punya pedas gila kaw-kaw wei!

Restoran Mala Mala buka cawangan baru! Tapi kat mana ye?

Admin nak bagitau ini antara restoran yang menyediakan makanan yang moden gitu! Yang penting halal okay guys! Kalau nak tahu kali ni Restoran Mala Mala bukak cawangan baru IOI City Mall tau. Wow, lepasni dah penat shopping boleh lah makan di Restoran Mala Mala pulak.

Memang tenang je kalau makan kat sini. Mana taknya, tengoklah suasana di Restoran Mala Mala yang baru ni. Dekorasinya nampak lebih moden dan santai kan. Uish best ni kalau boleh spend time, makan-makan dengan member atau family kan. Bukan itu saja, pekerja mereka pun friendly tau. Murah je dengan senyuman.

Konsep Pick & Mix yang unik. Tak pernah ada kat tempat lain!

Apa yang menarikya di Restoran Mala Mala ni, korang boleh pilih apa yang korang suka. Pelbagai pilihan yang ada dekat sini contohnya korang boleh pilih sayur, daging, ayam, bebola dan seafood apa yang korang nak. Korang boleh ambik dan penuhkan mangkuk korang tu!

Memang sempoi wei. Dah pilih korang jangan lupa timbang berat dan pilih tahap pedas mana yang korang nak! Di Restoran Mala Mala ni hampir setiap hari mereka akan ganti bahan basah yang baru punya tau. Confirm takda yang balik cirit-birit nanti.

Haa tadi korang dah pilih sayur dan daging kan. Eh jangan risau korang nak mix pun boleh. Tak jadi masalah. Tapi kiraan harga nya macam mana ye. Nah min share untuk korang!

Harga Di Restoran Mala Mala

  • Sayur-sayuran ( RM3.99/100gm)
  • Daging ( RM5.99/100gm)

Mesti cuba 4 perisa ni. Confirm kebas bibir korang nanti!

Untuk pengetahuan korang, setiap mangkuk akan di masak panas-panas lepas korang order. Fresh cook gitu! Yang paling penting ni nak pilih perisa apa? Haa yang istimewanya di Restoran Mala Mala ada sediakan 4 level perisa tau. Rempah je, pedas sikit, pedas sangat dan pedas gila.

Rempah je

Tapi kalau nak bawak anak-anak, dorang nak makan apa? Hmm. Haa yang bawa anak-anak kecil jangan risau. Sebab tu Restoran Mala Mala sediakan beberapa perisa. Untuk anak-anak korang boleh cuba rempah je! Tak pedas pun. Very kids friendly!

Pedas gila

Wow, yang ni memang mengancam wei. Tengok gambar pun dah tahu. Pergh yang ni sekali cuba, memang tak senang duduklah lepasni. Perisa pedas gila ni tahap dia punya pedas memang menggugat iman korang tau. Wajib cuba weh. Min pun dah surrender awal. Korang macam mana pula? Haa ada berani?

Korang boleh juga pilih sama ada korang nak nasi atau mi. Mesti terliur kan. Haa alang-alang dah bulan puasa ni, korang ajak semua family dan kawan korang berbuka kat sini. Bukan apa takut ambil banyak-banyak tak habis pulak. Elok kongsi sama-sama je nanti!

Teh herbal pun ada kat sini. Dapat aiskrim FREE pulak tu!

Dah makan pedas tak kan tak nak minum air. Mahu terbakar kat situ pulak! Korang boleh cool down dan cuba teh herbal ni seperti longan winter melon tea! Memang hilang rasa pedas tadi.

Bukan saja ada teh herbal seperti longan dan goji, ada jugak susu soya tulen, susu soya koko, pipa pear dan soya almond. Macam mana rasanya? Eh tunggu berbuka lah baru boleh rasa.

Haa korang boleh ambil aiskirim sebagai pencuci mulut untuk setiap pek yang korang order okay. Aiskrim ni perisa apa? Di Restoran Mala Mala ni, mereka menggunakan susu soya tulen tau untuk aiskrim. Tak cukup ambik satu, kita ambik lagi!

Promosi diskaun 50% sempena Grand Opening Restoran Mala Mala

Sempena Grand Opening Restoran Mala Mala, korang dah tak payah spend banyak. Ada diskaun 50% untuk sayur-sayuran sehingga hujung bulan ini. Bukan di IOI City Mall saja yang ada diskaun, Restoran Mala Mala di Melawati Mall pun ada. Haa hujung minggu nanti boleh bawak keluarga dan member korang datang sini tau. Promosi ini bermula 3 Mei hingga 31 Mei 2019. Cepat sebelum terlambat!

Untuk sebarang update terkini korang boleh checkout Facebook Mala Mala. Nah, min kongsi lokasi Restoran Mala Mala incase korang sesat pulak nanti!

Lokasi Restoran Mala Mala

  • Melawati Mall (LG -03)
    Buka pada jam 10 am – 10 pm
  • IOI City Mall, IOI Resort City (L2-17)
    Buka pada jam 10 am- 10 pm

Alamak! Admin buat korang kecur air liur ke? Haaa jangan lupa tau singgah Restoran Mala Mala mana tahu hilang craving nanti. Yang penting jangan tengok lama-lama tau. Nanti batal pulak puasa!

SKIP THIS AD ×