berita

‘Korang Merangkaklah Cari Kami Kat Padang Mahsyar Nanti’ – Influencer Respon Dakwaan Rentas Negeri

February 24th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, nama seorang influencer terkenal Ammar Azizan, menerima kecaman yang hebat daripada netizen apabila dia didakwa telah merentas negeri bagi menghadiri perkahwinan rakannya di Kelantan. Perkara tersebut secara tidak langsung telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Artikel Berkaitan: Polis Cari Influencer Didakwa Langgar SOP Rentas Negeri Hadir ‘Wedding’ Rakan

Artikel Berkaitan: Influencer Didakwa Rentas Negeri Pergi ‘Wedding’ Kawan, Netizen Minta Tindakan Tegas Diambil

Susulan terpalit daripada kontroversi panas ini, tuan empunya badan tampil memberikan respon menerusi Instastory di laman Instagramnya.

Respon Ammar Azizan

Menerusi Instastory tersebut, Ammar menjelaskan isu pelanggaran SOP itu masih dalam siasatan pihak polis. Pada masa yang sama, dia juga telah tampil memberikan keterangan dan kerjasama kepada pihak polis susulan apa yang telah terjadi.

Korang merangkak la cari kita orang dekat padang masyar nanti. Page-page media pun tak payah nak pandai reka cerita. Tak yah nak buat palatou. Biar polis buat siasatan kalau kami salah. Kami semua akan minta maaf.

Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan akan memohon maaf kepada orang ramai jika dia disabitkan bersalah dengan apa yang telah terjadi.

Aku geram betul la. Kalau nak kecam kita orang takpa kita orang boleh tahan. Jangan melibatkan isteri-isteri kiteorang. Orang tu baru kahwin korang dah buat perangai ayah pin.

Tidak berakhir di situ, dia sekali lagi meluahkan rasa kesal dengan segelintir masyarakat yang suka melibatkan orang lain berhubung isu yang telah terjadi.

IG story Ammar

Terdahulu, dakwaan pelanggaran SOP yang telah dibuat oleh pasangan influencer ini telah mengundang amarah dalam kalangan warganet. Tidak berakhir di situ, netizen turut mempersoalkan apa hak keistimewaan yang dimilik oleh pasangan ini sehinggakan mereka dibenarkan untuk merentas negeri.

Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: AmmarAzizzan

SKIP THIS AD ×