berita

Korang Nak Ke Resorts World Genting? Ini 10 Aktiviti & Tempat Korang Perlu Pergi Untuk Percutian Yang Sejuk, Epik & Mengagumkan!

June 1st, 2023 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Dah lama rancang nak bercuti ke Resorts World Genting tapi tak tahu nak pergi mana dan buat apa sepanjang percutian korang?

Don’t worry, melalui penulisan ini min akan kongsikan 10 aktiviti dan tempat epik yang korang boleh pergi di Resorts World Genting untuk menikmati percutian paling nyaman dan sejuk sambil berseronok sepuasnya bersama keluarga mahupun insan tersayang.

Pelbagai aktiviti menarik korang boleh buat!

Sebenarnya ada banyak aktiviti korang boleh buat dekat Resorts World Genting, tapi ini 10 aktiviti dan tempat top min recommend korang pergi. Ini termasuklah mengunjungi taman tema, membeli-belah dan menikmati keindahan alam semula jadi.

1. Berseronok di Taman Tema Genting SkyWorlds

Taman Tema Genting SkyWorlds merupakan tempat yang wajib korang pergi jika datang ke Resorts World Genting. Ada 26 permainan keseluruhannya yang ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Selain itu, korang juga boleh merasai sendiri pengalaman salji turun di sana. Best giler wei! Sumpah min tak tipu. Berbaloi-baloi datang ke Taman Tema Genting SkyWorlds.

2. Main sepuasnya di Taman Tema Indoor Skytropolis

Memiliki keluasan sehingga 400,000 kaki persegi. Taman Tema Indoor Skytropolis merupakan kawasan taman tema bertutup yang menawarkan lebih 20 permainan seperti Ferris wheel, marry-go-round, tea cup, roller coaster dan banyak lagi.

Lagipun, sekarang mereka tawarkan diskaun sehingga 70%  untuk pakej-pakej permainan di sana. Rugi kalau korang tak pergi!

3. Membeli-belah di Genting Highlands Premium Outlets®

Terkenal sebagai tempat membeli-belah terbaik di Genting Highlands, Genting Highlands Premium Outlets® merupakan pusat membeli belah, pertama di puncak bukit yang menawarkan pelbagai jenama beg tangan dan barangan mewah dengan diskaun sehingga 65%.

Antara jenama-jenama terkemuka yang korang boleh dapatkan di sini termasuklah Kate Spade, Coach, Michael Kors, Hugo Boss dan banyak lagi.

4. Makan-makan Di Wolfgang’s Steakhouse

Dah penat-penat main dan shopping, jangan lepaskan peluang untuk datang makan di Wolfgang’s Steakhouse. Terletak di aras M, SkyAvenue restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan dan steak yang sedap.

Tambahan pula, pada 16 hingga 18 Jun ini mereka ada promosi di mana korang boleh menikmati makan malam dengan 5 set menu hidangan untuk dua orang pada harga RM1,238 sempena sambutan Hari Bapa.

Korang juga akan menerima bow tie eksklusif mereka secara percuma untuk set istimewa ini.

5. Layan minum petang  dengan ‘set high tea’ di Wolfgang’s Steakhouse Lounge

Bagi korang yang sukakan minum petang dengan vibe dan gaya mewah, set minum petang Wolfgang’s Steakhouse Lounge tidak akan menghampakan korang. Ada lebih 10 menu minum petang yang disediakan. Korang boleh rujuk gambar diatas.

Ditawarkan pada harga RM395 bagi setiap set, set ini didatangkan dengan shiny bow tie secara percuma.

6. Sedapnya makan di Harry Ramsden

Selain Wolfgang’s Steakhouse, korang juga boleh nikmati set menu makanan enak di Harry Ramsden.

Di sini  5 set hidangan makanan yang terdiri daripada Laughing Fish Rose Lemonade, Classic English Eton Mess, Cod Burger, Feta with Mixed Greens Salad dan Cod Fish (kecil) boleh dinikmati pada harga RM168 sempena sambutan Hari Bapa bermula 16 hingga 18 Jun ini.

Bukan itu sahaja, korang juga akan dapat Union Jack Bow Tie secara percuma. Apa lagi yang korang tunggu? Jom tempah slot korang sekarang!

7. Banyak lagi promosi makanan tersedia setiap bulan!

Tidak hanya terhad kepada ketiga-tiga restoran-restoran diatas, sebenarnya ada banyak lagi restoran dan promosi makanan yang menarik di Resorts World Genting.

Korang boleh cuba restoran Il Lago, Burger & Lobster, The Bakery, Genting Garden Hotpot dan banyak lagi. Apa yang pasti semuanya sedap dan makanan yang disediakan cukup fresh dan berkualiti.

8. Percutian mendekati alam dengan aktiviti paling ‘cool’

 

Dah datang ke Genting Highlands, jangan lepaskan peluang untuk menginap di Resorts World Awana pada 10, 17 dan 24 Jun 2023. Ada pakej khas Back to Nature Staycation dimana anak-anak korang berpeluang untuk menyertai aktiviti seperti riadah paling cool sepanjang cuti sekolah mereka.

Aktiviti yang min maksudkan termasuklah melawat hutan hujan berusia 130 juta tahun, menuai madu lebah, berkebun dan membuat kek bersama-sama tenaga pengajar terlatih.

Pasti anak-anak korang akan gembira untuk tinggal dan bermain di sana.

9. Nikmati harga istimewa bilik Hotel Genting SkyWorlds

Buat ahli Genting Rewards, nikmati harga istimewa bilik Hotel Genting SkyWorlds pada harga serendah RM252.

Tempah penginapan korang sekarang sebelum terlambat.

10. Mewahnya menginap di Crockfords

Jika berkemampuan dan ada bajet lebih korang boleh cuba menginap di Crockfords. Satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima taraf 5 bintang berprestij daripada Forbes Travel Guide selama lima tahun berturut-turut.

Di sana korang akan menerima layanan berkelas dibawah jagaan pengusaha hotel berpengalaman.

Banyak kan aktiviti dan tempat menarik yang korang dan anak-anak boleh buat Resorts World Genting? Semoga perkongsian min ini membantu percutian korang di sana nanti.

Layari rwgenting.com  untuk maklumat lanjut

SKIP THIS AD ×