Selama ini kalau kita nak layan TV series atau movie selalu buka lap top lepastu tonton streaming online, jadi waktu dan tempat untuk waktu kita menonton cerita tersebut sangat terhad, terutamanya bagi dalam kalangan ‘kaki TV Series & movie’ ni.
Tapi sekarang korang boleh tonton dimana sahaja dengan melalui telefon bimbit canggih atau tablet korang tu, hanya perlu muat turun aplikasi ini sahaja dan korang akan dapat layan TV Series & movie sampai lebam! Nak tahu apa dia? Best ke tak? Meh sini kami beritahu korang.
Tiada Internet? Tiada Masalah! iflix Boleh Bantu
Ya! iflix lah jawapannya! Hanya perlu muat turun iflix dan daftar di smartphone atau tablet, korang boleh tonton TV series dan movie sambil offline! Jadi, korang tak perlu susah-susah cari wi-fi atau membazirkan data korang streaming online.
Ribuan Variasi Filem, Hanya Di Hujung Jari…
Ada beribu-ribu jenis TV series dan movie korang boleh tonton, senangnya semuanya hanya dihujung jari! Tak perlu buat kerja leceh nak muat turun kemudian transfer ke dalam handphone korang.
Korang cakap je, cerita Melayu? Korea? TV series dari Hollywood? The UK? Dekat iflix Semua ada!
Pada Bila-Bila Masa Dan Dimana-Mana Sahaja
Seperti yang disebutkan tadi, perkara istimewa yang ada pada iflix ini ialah korang boleh tonton secara offline!
Hanya perlu muat turun aplikasi sahaja kemudian korang akan ‘dihidangkan’ dengan variasi TV series dan movie untuk korang tonton tanpa perlu streaming. Korang hanya perlu muat turun TV series & movie kegemaran korang. Nak tahu macam mana caranya? Ini dia
Step:
1. Sambungkan Internet di telefon bimbit2. Klik pada ikon ‘download’ untuk muat turun (seperti gambar diatas)3. Pilih resolusi sesuai4. Lihat progress muat turun di “My Downloads”5. Selesai muat turun & mainkan!