berita

Korang Peminat Taco Bell? Jom Sambut National Taco Day 3&4 Oktober Ni Dengan Dapatkan Taco Percuma!

October 1st, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Dalam banyak-banyak fast food, antara yang paling lain dari yang lain mestilah Taco Bell ni kan? Admin ingat lagi masa baru diumumkan Taco Bell nak buka di Malaysia ramai yang excited betul! Bila di buka je semua nak serbu! Fuh memang lain macam penangan Taco Bell ni!

Semenjak itu, ramai yang mula jadikan Taco Bell ni sebagai salah satu fast food kegemaran mereka! Tak kisah la yang crunchy shell ke, soft tortilla shell ke, quesadilla semua ada peminat mereka yang tersendiri!

Paling best, korang berpeluang untuk dapatkan Taco percuma tau Oktober ni!

Sempena Hari Taco Sedunia, Taco Bell ada tawaran menarik di semua outlet Taco Bell Malaysia!

Mesti korang dah excited nak tahu apa yang korang boleh dapat kan?

Korang hanya perlu berbelanja minimum RM20 dalam satu resit pada 3 dan 4 Oktober 2022 dan korang boleh redeem Crunchy Taco secara PERCUMA!

Apa2-apa pun jangan lupa untuk claim baucar dahulu sebelum membuat pembelian. Klik SINI untuk dapatkan baucar tersebut.

Wahhh, umpama macam beli satu percuma satu lah ni!

Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian dari tagging game terbesar didunia dengan Taco Bell!

 

Sambil-sambil makan Taco Bell tu korang boleh lah tag kawan korang dekat video yang admin post ni tapi isi dulu tau maklumat diri korang di https://tacotag.tacobell.com.my dan jadi sebahagian dari permainan tagging terbesar didunia.

Ala untuk suka-suka je guys! Hanya dengan semudah tag kawan-kawan je korang boleh terlibat dengan rekod bertaraf dunia haa bukan biasa-biasa!

Tapi jangan risau, tak payah tunjuk yang korang dah tag kawan-kawan korang ke tak pun untuk redeem taco korang tu, yang penting ikut syarat yang dinyatakan pun dah cukup.

So apa lagi? Korang boleh set reminder siap-siap supaya tak terlepas nak redeem Taco percuma ni tau! Happy National Taco Day guys!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×