Kombinasi cheese dalam kebanyakan makanan sudah menjadi trend sejak belakangan ini. Rasanya yang berlemak dan cair di mulut ketika panas, pasti buat korang yang makan akan ketagih untuk menikmatinya. Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), Maya Razali kongsi resepi corn dog yang dipenuhi dengan cheese. Confirm sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan
- Sosej cheese (tak kisah brand apa)
- Mozarella cheese blok
- Lidi satay
- Tepung gandum
- Telur
- Serbuk penaik (1 sdt)
- Air
- Garam (1 sdt)
- Serbuk roti
Cara penyediaan
1. Potong sosej separuh dan cucuk pada lidi satay.
2. Kemudian potong pula mozarella cheese blok lebih kurang saiz yang sama dengan sosej dan cucuk pada lidi satay.
3. Taburkan tepung gandum sedikit di atas cheese dan sosej yang telah dicucuk.
4. Sejukkan sekejap di dalam peti ais.
5. Campurkan tepung gandum, telur, serbuk penaik, air dan garam untuk dijadikan adunan yang pekat sedikit supaya sosej yang dicucuk dapat dicelupkan.
6. Celupkan sosej cheese dalam bancuhan tepung dan oleskan dalam serbuk roti. Pastikan semua bahagian bersalut.
7. Goreng dalam kuantiti minyak yang banyak dan betul-betul panas.
Dah siap!
Kalau korang nak lagi sedap, korang boleh letak sos dan mayonis di atas corn dog yang telah siap digoreng. Selamat mencuba!
Sumber: Maya Razali