berita

“Korang Pernah Dengar Tentang SmartHeart Special Care Formula Untuk Si Comel?”

January 25th, 2021 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Memastikan Si Comel mendapat nutrisi yang mencukupi bukanlah perkara yang mudah. Ini kerana setiap kucing memiliki keperluan yang berbeza mengikut umur dan masalah kesihatan yang dialami mereka.

Korang tahu tak yang sebenarnya ada rangkaian produk makanan kering keluaran SmartHeart iaitu SmartHeart Special Care formula yang boleh bantu penuhi keperluaran nutrisi tubuh Si Comel? Ha.. apa lagi? Scroll ke bawah untuk lebih info.

Sesuai untuk semua peringkat umur, rangkaian makanan kering SmartHeart memang best!

Selaku jenama yang dipercayai dan menjadi pilihan ramai, SmartHeart sentiasa memastikan rangkaian produk makanan kucing keluaran mereka membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh Si Comel.

Maka, tidak hairanlah jika SmartHeart melangkah setapak kehadapan dengan menghasilkan SmartHeart Special Care Formula khusus buat Si Comel.

Special Care Formula dirumus khas untuk penuhi keperluan Si Comel

Seperti yang korang sedia maklum, SmartHeart memiliki beberapa rangkaian produk makanan kering kucing. Istimewanya rangkaian makanan kering Special Care Formula ialah setiap formula yang dihasilkan berbeza dan dirumus khas mengikut keperluan Si Comel.

Jadi, ini akan memudahkan korang untuk merawat Si Comel agar mereka mendapat keperluan nutrisi bersesuai dengan keadaan kesihatan mereka.

Bagi rangkaian Special Care Formula, terdapat 6 formula khusus yang boleh korang beli antaranya SmartHeart Mother & Baby Cat, SmartHeart Kitten, SmartHeart Skin & Coat Formula, SmartHeart Hairball Control, SmartHeart Sterilised Formula dan SmartHeart Senior Care.

1. SmartHeart Mother & Baby Cat

SmartHeart Mother & Baby Cat adalah makanan kucing yang dirumus khas bagi membekalkan nutrisi lengkap buat Si Comel sepanjang tempoh kehamilan dan penyusuan berlangsung.

Mengandungi DHA (minyak ikan) & Choline, Omega-3 (Bioton, Zinc & Omega 3&6), kalsium, Phosphorus & Vitamin D, kesemua bahan ini membantu menguatkan sistem imunisasi tubuh Si Comel dan bayi mereka.

2. SmartHeart Kitten

SmartHeart Kitten pula dihasilkan khusus buat anak kucing  yang dah boleh mula makan. Berbeza tau dengan SmartHeart Mother and Baby Cat. Jangan keliru pulak!

Menariknya mengenai formula ini, ia mampu memperkuatkan daya ingatan dan penglihatan Si Comel. Kaya dengan DHA, Choline dan Taurine daripada ikan, telur dan susu  SmartHeart Kitten adalah antara pilihan makanan terbaik yang ada dipasaran buat Si Comel.

3. SmartHeart Skin & Coat Formula

SmartHeart Skin & Coat Formula adalah makanan yang dirumus khas bagi memastikan kulit dan bulu kucing korang sentiasa sihat dan bersinar.

Kalau bulu kucing korang asyik gugur, SmartHeart Skin & Coat Formula adalah pilihan yang tepat kerana ianya diperkaya dengan Biotin, Zinc dan Omega 3&6. Kesemua ingredients ini membantu mengurangkan masalah bulu gugur dan menggalakkan pertumbuhan bulu baru.

4. SmartHeart Hairball Control

Berbeza dengan SmartHeart Skin & Coat Formula, SmartHeart Hairball Control dihasilkan bagi memudahkan proses pengeluaran hairball dari dalam tubuh Si Comel. Si Comel boleh jatuh sakit jika hairball tidak disingkirkan dari tubuh mereka dalam tempoh tertentu.

Formula khusus SmartHeart Hairball Control yang kaya dengan serat tambahan dan nutrisi yang seimbang membantu usus untuk bergerak dengan lebih lancar sekaligus, membantu proses penyingkiran hairball melalui najis Si Comel.

5. SmartHeart Sterilised Formula

Selain itu, SmartHeart juga mengeluarkan SmartHeart Sterilised Formula. SmartHeart Sterilised Formula sesuai diambil oleh Si Comel yang telah dimandulkan.

Hal ini kerana, setelah proses pemandulan dilakukan, Si Comel terdedah kepada masalah ketidakstabilan hormon yang boleh menyebabkan Si Comel menghadapi masalah obesiti. So, Si Comel memerlukan makanan yang seimbang tetapi rendah kalori dan dalam masa yang sama tetap enak untuk dimakan.

6. SmartHeart Senior Care

Sedikit fakta untuk korang, sebenarnya Si Comel juga mengalami masalah menopause dan andropause apabila telah lanjut usia. Jangan ingat manusia je ada masalah ini tau! Haa, Si Comel juga memerlukan penjagaan yang rapi apabila mereka telah tua.

Pengambilan makanan SmartHeart Senior Care bukan sahaja mencegah masalah diatas sebaliknya, makanan ini mengandungi Glucosamine dan Chondroitins serta protein tambahan bagi membantu memastikan Si Comel terus kekal aktif sepanjang hari.

Dapatan produk SmartHeart secara dalam talian hari ini!

Bukan mudah untuk memberikan yang terbaik buat Si Comel kesayangan. Jadi, korang perlu lebih peka dan bijak untuk mengimbangi diet harian Si Comel.

So, apa lagi yang korang tunggu? Jom dapatkan produk makanan kering SmartHeart Care Formula bagi memenuhi keperluan tubuh Si Comel dengan harga mampu milik.

Nak dapatkan produk SmartHeart hari ini juga? Korang singgah je ke SmartHeart Online ShopPastikan juga korang like dan follow media sosial mereka di bawah.

Website: SmartHeart Malaysia

Facebook: SmartHeart Cat Malaysia

SKIP THIS AD ×