berita

Korang Yang Nak Kahwin Tu, Jom Baca Dulu 8 Tips Untuk Win Hati Bakal Mertua

October 3rd, 2018 | by Arini Saleh
Indahnya Perkahwinan

Perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah, betul tak korang? Sebelum nak melangsungkan ikatan perkahwinan dan sah menjadi suami isteri, korang kena lalui beberapa proses dulu. Salah satunya adalah bertemu dan berkenalan dengan bakal mertua.

Mesti macam-macam korang rasa kan bila pasangan ajak jumpa parents diorang. Nervous tu dah semestinya! Belum masuk lagi soalan-soalan yang berlegar-legar dalam fikiran. “Agak-agak parents dia garang tak?” “Parents dia nak menantu macam mana eh?” Jangan biar parents si dia ada negative perception kat korang tau! Nah, ni cara nak win hati bakal mertua korang tu.

1. Kaji background bakal mertua

Kredit: Cik Laili

Korang bolehlah tanya-tanya dulu kat pasangan korang pasal parents dia. Contohnya, apa hobi diorang, apa diorang punya makanan favorite, dan yang paling penting, ciri-ciri menantu yang macam mana diorang nak.

Haa.. nanti bila jumpa dengan bakal mertua, ada lah jugak topik untuk korang bualkan. Confirm diorang impressed bila korang tahu banyak pasal diorang.

2. Ilmu agama kena kukuh

Kredit: Google

Bukan nak suruh korang jadi alim ulama on the spot okay. Cuma bila nak bina masjid ni, korang mesti lah kena berpegang kepada ajaran agama untuk jadi panduan hidup. Ilmu tu penting ya guys!

Haa.. yang lelaki tu, bila bakal pak mertua suruh jadi imam solat berjemaah, korang jangan dok geleng kepala, main lari-lari pulak! Nanti hilang confidence dia kat korang untuk jadi menantu.

3. Bercakap tu biar bersopan ye..

Make sure korang jaga percakapan bila berbual dengan bakal mertua. Jaga intonasi dan pitching bila korang bercakap untuk elakkan bakal mertua kecil hati. Kalau dengan kawan-kawan bolehlah korang cakap kasar atau kuat-kuat.

Kalau dengan bakal mertua, a big no no! Nanti tak pasal-pasal kena blacklist jadi menantu pulak.

4. Ringan tulang

Tak salah korang hulurkan pertolongan kalau perlu. Contohnya masa bakal mertua masuk dapur. Masa ni lah peluang baik untuk korang impress bakal mertua dengan masakan sendiri. Baru lah diorang percaya korang yang perempuan ni boleh jadi suri rumah tangga yang baik.

Kalau yang lelaki pulak, korang boleh je hulur tangan kalau bakal mertua tengah angkat barang ataupun tolong-tolong apa yang patut.

5. Puji-puji lah sikit..

Siapa je tak suka kena puji kan? Apa kata korang try puji bakal mertua korang. Selain tu, korang boleh jugak puji masakan bakal ibu mertua sedap. Tapi jangan lah lebih-lebih ye. Nanti nampak macam awkward dan hipokrit pulak. Tak pun nampak macam korang sibuk nak membodek diorang.

6. Sedap mata memandang

Pakai je apa-apa yang korang rasa selesa tapi pastikan pakaian korang tu sopan di mata bakal mertua. Pakaian kena kemas jugak tau supaya imej korang terjaga. Gosok dulu kalau baju korang tu kalau dah berkedut seribu.

Bagi lelaki, korang kalau boleh jangan lah pakai seluar pendek, jeans lusuh atau koyak rabak macam kena gigit tikus tu dan baju takde lengan masa jumpa bakal mertua. Perempuan pulak, makeup biar sederhana dan pakaian jangan lah menjolok mata ya!

7. Rancang aktiviti bersama

Kredit: Google

Cara ni lah yang paling berkesan untuk korang jadi lebih rapat dengan bakal mertua dan future family korang! Korang plan lah dengan pasangan korang untuk dia bincang dengan family dia bila tarikh yang semua orang free. Lepas tu baru lah korang rancang nak buat aktiviti apa.

Antara aktiviti yang boleh korang lakukan adalah makan malam bersama sama ada di rumah ataupun di restoran. Contohnya, buat potluck atau barbeque. Selain itu, korang boleh berpiknik di taman-taman atau di pantai. Paling tidak pun korang boleh bermain boling bersama-sama. Baru lah boleh tengok siapa yang paling hebat!

8. Hadiahkan buah tangan. Mak mertua confirm suka!

Ini boleh dikira satu bonus untuk korang pikat hati bakal mertua tau. Cuba tanya pasangan apa barang yang parents dia nak sangat. Lepas tu korang boleh lah start survey barang-barang tu.

Lagi bagus kalau korang bagi hadiah semasa hari jadi atau ulang tahun diorang. Gerenti diorang tak kan lupa korang punya lah!

Jadi korang cuba lah tips-tips yang kami dah share ni untuk tackle bakal mak dan pak mertua korang. Mana tahu menjadi, dapat lah korang rasa jadi bakal menantu favorite diorang. Efforts tu yang penting untuk ambil hati bakal mertua ;)

 

Sumber: The SprucePesona Pengantin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×