berita

Korbankan ‘Kecantikan’, Neelofa Akui Keputusan Berniqab Bukanlah Mudah

October 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Sempena hari Maulidur Rasul, Neelofa telah mengambil inisiatif dengan mengadakan ‘live’ melalui Instagram Pertubuhan Kasih Neelofa. Neelofa yang merupakan pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bersama PU Riz membawakan perkongsian mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita.

Rata-rata netizen memuji perkongsian ilmu yang dibawakan oleh mereka dan berterima kasih kepada Neelofa kerana membuka topik sebegini yang boleh menjadi manfaat buat ramai wanita di luar sana.

Bukan senang nak berniqab

Di Instagram, Neelofa berterima kasih kepada semua 30 ribu yang menonton ‘live’ mereka sempena Maulidur Rasul. Di dalam sesi perbincangan tersebut, Neelofa memberitahu bahawa keputusan untuk memakai niqab bukan perkara mudah malah tidak pernah terfikir untuk tentang perkara tersebut selama ini.

Wanita memang sukakan kecantikan. It’s all about beauty, semua nak cantik…Pantang ada produk cantik semua nak beli, sebab itulah lumrah wanita.

Saya sendiri masa nak tutup wajah dengan niqab pun bukan satu perkara yang mudah. Kali pertama terfikir nak pakai niqab saya sendiri tak pernah terbayang pun.

Namun selepas memahami dan mengetahui tentang ganjaran yang akan diperoleh, Neelofa mengorbankan perkara paling disukainya iaitu tentang kecantikan.

Cahaya milik wanita soleh

Tambah beliau lagi, menerusi satu kitab hadis terdapat beberapa persoalan yang diajukan Ummu Salamah kepada Nabi Muhammad mengenai wanita dunia dan bidadari syurga.

Ummu pernah bertanya kepada Rasulullah antara wanita dunia dan bidadari syurga siapa lebih cantik?. Kemudian Baginda menjawab wanita dunia atau isteri solehah ini jauh lebih cantik daripada bidadari syurga. Ummu bertanya lagi kenapa?

Rasulullah menjawab, mereka jauh lebih cantik sebab menjaga solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah dan Allah menutupi wajah mereka dengan cahaya. Kecantikan seseorang yang beralaskan cahaya Allah ini tidak dapat digambarkan dengan akal fikiran.

Gambaran Rasulullah mengenai kurnian cahaya dimaksudkan adalah diberikan khas kepada wanita dunia atau isteri solehah dan bukan kepada bidadari syurga.

Video full

Antara yang menarik sepanjang perkongsian mereka sepanjang 1 jam adalah :-

1. Peringatan untuk menghidupkan sunnah Rasulullah.
2. Maksud sunnah iaitu percakapan, perbuatan, dan perkara yang dibenarkan oleh Rasulullah.
3.Memulakan pagi dengan menyebut serta memuji Allah.
4.Wanita boleh memilih mana-mana pintu syurga dengan 4 syarat.
5.Dunia ini adalah perhisan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.

Terdahulu, keputusan Neelofa untuk berniqab mengejutkan orang ramai. Namun tak kurang juga yang menyokong perjalanan hijrah usahawan dan pengacara popular itu. Neelofa turut memohon semua pihak mendoakan perjalanan baharunya itu sentiasa dalam rahmat dan reda Allah.

Sumber : Kasih Neelofa, Neelofa

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×