berita

Koronavirus: Jumlah Mangsa Terkorban Di China Meningkat Sebanyak 170 Orang

January 30th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Wabak koronavirus di China ternyata menjadi kebimbangan buat seluruh penduduk khususnya di Wuhan dan Hubei. Jika sebelum ini kerajaan negara tersebut memberitahu bahawa hampir 6000 kes telah pun dilaporkan dan 132 kematian disahkan.

Terbaru menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa kesihatan China mengumumkan bahawa angka kes dan kematian di negara tersebut meningkat iaitu 7157 kes dan 170 kematian.

Jumlah kes dan kematian meningkat

Peningkatan jumlah kes dan kematian yang berlaku di China menjadikan angka keseluruhan jumlah kes jangkitan koronavirus di seluruh dunia mencecah 7251. Di samping itu, Finland turut mengesahkan kes jangkitan pertama di negara itu hari ini. Individu pertama yang dijangkiti wabak tersebut merupakan seorang warganegara China yang berasal dari wuhan. Di Singapura, tiga lagi kes turut dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 10 kes.

Bantuan barangan keperluan

Menurut Agence France-Presse (AFP), setakat ini lima jumlah kes wabak koronavirus dilaporkan di negara Perancis. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus, memberitahu bahawa satu mesyuarat akan diadakan bersama Jawatankuasa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabangsa berkaitan wabak itu.

Bantuan barangan keperluan kecemasan akan turut dihantar oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke China dalam masa terdekat. Antara barangan yang bakal dihantar ialah penutup mulut dan hidung serta sut perlindungan seberat enam tan metrik.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×