berita

Koronavirus: KPDNHEP Beri Amaran Peniaga Jangan Naikkan Harga Topeng Muka

January 28th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka bakal mengambil tindakan tegas terhadap penjual yang mengambil kesempatan menaikkan harga topeng muka secara tidak masuk akal ekoran wabak koronavirus yang sedang berlaku.

Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh KPDNHEP, tindakan tegas bakal diambil terhadap peniaga melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Di samping itu, lima jenis topeng muka sudah ditetapkan oleh pihak kementerian sebagai barangan harga terkawal. Seorang individu jika didapati bersalah menjual topeng muka dengan harga yang tinggi, mereka bakal berdepan dengan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya serta boleh dikompaun hingga RM50,000.

Manakala bagi syarikat pula, mereka boleh didenda hingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000. Selain itu, pihak kementerian turut mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap mereka yang menaikkan harga topeng muka selain daripada lima jenis yang ditetapkan.

Lima jenis topeng muka harga terkawal

Antara lima jenis topeng muka barangan harga terkawal ialah topeng muka pembedahan/perubatan satu lapisan iaitu harga borong RM5 sekotak manakala, harga runcit RM7 sekotak. Topeng muka pembedahan/perubatan dua lapisan iaitu harga borong RM8 sekotak dan harga runcit RM10 dan RM0.20 sen seunit. Topeng muka pembedahan/perubatan tiga lapisan (gelung telinga/gelung kepala) harga borong RM25 sekotak dan harga runcit RM0.80 sen seunit.

Bagi topeng muka (pembedahan/ perubatan) tiga lapisan (ikatan pada kepala) harga borong RM30 sekotak dan harga runcit RM0.80 sen seunit. Akhir sekali, topeng muka (pembedahan / perubatan) N95 harga borong RM100 sekotak dan harga runcit RM6 seunit. Seramai 2300 orang pegawai penguatkuasa diarahkan oleh pihak kementerian untuk melakukan pemeriksaan seluruh di seluruh negara.

Sumber: KPDNHEP

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×