Kejadian kemalangan yang menimpa pelakon Ikmal Amry pada awal September lalu memberi satu memori pahit yang tidak dapat dilupakan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Ikmal Amry Dukung Anak Selepas Keluar Dari Kereta Terbalik
Masih trauma
Ketika ditemui OhBulan!, Ikmal mengakui insiden itu memberi impak besar dalam kehidupannya sehinggakan berasa trauma untuk memandu kereta sendirian.
Kata pelakon berusia 28 tahun ini, buat masa sekarang, dia akan ditemani oleh pembantu peribadi untuk ke lokasi kerja.
Selepas ditimpa kemalangan, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai. Perkara tersebut (anxiety) memang sampai sekarang menggangu dan menghantui saya dan isteri sebab kami masih teringat-teringat apa yang terjadi.
Isteri jadi mudah terkejut dan sentiasa pegang anak bila masa tidur sebab masih teringat dengan insiden yang berlaku. Kalau tengok kereta, memang total loss tetapi alhamdulillah kami langsung tidak cedera.
Buat masa ini saya memang tak berani nak memandu sendiri. Kemana-mana saya pergi memang pembantu peribadi akan tolong hantarkan.
Bila rasa nak bawa (pandu) kereta tu, saya akan overthinking (fikir buruk). Even (meskipun) jalan kaki pun saya rasa takut dan fikir bukan-bukan.
Sebelum ni saya pernah saja kemalangan sendiri. Tapi, mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat dan terbawa-bawa sampai sekarang.
Ikmal berkata demikian sejurus usai majlis pratonton dan sidang media filem Rasuk yang diadakan di GSC Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.
Selain Ikmal, filem arahan James Lee itu turut dibintangi oleh Alif Satar, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Ayie Floor88, Alicia Amin, Atiq Azman, Syazwan Razak dan Abbas Mahmood.
Rasuk bakal menghantui pawagam di seluruh negara bermula 29 September ini.
Cuba untuk baik pulih
Dalam pada itu, ditanya mengenai keadaan kereta, pemilik nama Mohd Zulikmal Amry Ghazali memberitahu dia berusaha untuk membaiki memandangkan itu adalah kereta pertama yang dibeli.
Dedah peserta Hero Remaja 2017, kos keseluruhan yang akan ditanggung kira-kira RM75,000.
Nasib kereta memang total loss tetapi saya usaha juga untuk baiki sebab itu adalah kereta pertama saya. Saya cuba untuk selamatkan.. dalam RM75,000 juga guna insurans.
Terdahulu, Ikmal, isteri, Najla Shamsul dan anak perempuan, Cailie yang baru berusia sembilan bulan, terlibat dalam kemalangan jalan raya pada petang Sabtu (3 September), di Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menuju ke Melaka.
Sumber: Instagram @ikmalamry