Tindakan memadam video di Instagram (IG) bukan disebabkan pelakon Lana Nordin ingin merahsiakan mengenai pembedahan hidung sebaliknya akan dikongsikan dalam vlog.
Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Masa Bawa Motor RXZ, Lana Nordin Mengaku Dipaksa Buat Hidung – ‘Ada Saja Bersangka Buruk Hati Dah Hitam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Pembedahan Hidung Di Korea, Lana Nordin Lega Muka Tak Bengkak
Kos hidung
Menerusi siaran langsung di TikTok semalam (Rabu), Lana berkongsi kos pembedahan hidungnya mencecah hampir RM170,000.
Kata aktres berumur 42 tahun ini, dia bukan sengaja mengubah ciptaan Tuhan tetapi disebabkan pernah terlibat dalam kemalangan ketika umur 19 tahun.
Kos keseluruhan kira-kira RM166,000. Kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tak ada darah yang terkeluar dari hidung. Esok (hari ini) saya akan buka benang.
Sebab apa buat hidung? Saya pernah terlibat kemalangan masa umur 19 tahun. Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir.
Saya dah tak nak buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik akan ada jangkitan.
Guna tulang rusuk
@ohbulanofficial Menerusi siaran langsung di TikTok semalam (Rabu), Lana berkongsi kos pembedahan hidungnya. Fuhhh!!! #ohbulan #fyp #viral #sembangentertainment ? original sound – Ohbulan
Pemilik nama Mazlina Hasan Nordin berkata pembedahan kali keempat ini dia memilih untuk menggunakan tulang rusuk berbanding silikon atau plastik.
Kenapa tulang rusuk sebab tak nak berulang kali buat. Dan kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka dan buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira permanent.
Kalau buat di Malaysia dan Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tak boleh makan telur. Tetapi dekat Korea, tak ada pantang kecuali tak boleh merokok dan minum arak. Dua-dua saya memang tak ambil, jadi senang la.
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa menegaskan dia mendapat keizinan daripada suami, David McKienzie dan seluruh ahli keluarga.
Kalau ubah untuk merawat, tak kisah. Sebab itu, arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tetiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk.
Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tau saya bukan artis kegemaran korang.
Sebelum ini, Lana mengakui pernah menjalani pembedahan rhinoplasty bagi membetulkan hidungnya yang patah akibat kemalangan ketika zaman persekolahan.
Sumber: TikTok @lananodin