Sekarang ini tidak ramai orang mempunyai kesedaran untuk menjaga kesihatan seawal usia muda. Disebabkan itu, ramai wanita mudah terdedah dengan pelbagai penyakit menyebabkan badan lemah dan lesu. Bila dah kurang bertenaga, mulalah rasa nak try macam-macam jenis suplemen di pasaran tu kan.
Jadi, daripada korang buang duit beli produk tu. Apa kata korang cuba petua yang dikongsi wanita ini, guna bahan-bahan semulajadi je. Mudah dan murah pulak tu!
Kos murah – bahan ada di pasar, dapur dan pasu kita je
Mak rajin buatkan air pegaga, kunyit, sireh & halia bara masa sakit
JUS PEGAGA + LIMAU NIPIS – Daun pegaga gajah yang mak tanam. Fresh kan? Cantik daun dia. Lagi-lagi sekarang musim hujan, memang subur dalam pasu.
JUS KUNYIT + ORANGE
Orange 2 biji (dikupas dan buang empulur)
Kunyit 2 inci
Gula sikit atau madu
1 atau 1.5 cawan air
Cari daun sireh 5-6 helai, dan halia bara beberapa ketul, rebus. Minum suam. Sangat baik untuk kesihatan wanita. Sireh bersifat antiseptik, sesiapa ada keputihan, bau, insyallah boleh hilang jika dibuat air cucian dan minuman.
Banyak manfaat dari kulit dia yang cantik ni. Nak cantik macam kulit delima, rebus kulit, minum. Nanti merah-merah je pipi, halus mulus kulit, bibir pun merah.
Saya makan sesudu madu dan dicampur 7 biji lada putih setiap pagi, untuk kekal cergas, dan kurangkan rasa mengantuk di siang hari.
Banyak lagi resipi dan petua menarik di facebook Mastura Ab Rashid ni tau! Yang penting semuanya guna bahan semulajadi je. Siapa nak sihat dan cantik kenalah rajin amalkan.
sumber : Mastura Ab Rashid