berita

KPT Tangguh Pendaftaran Secara Fizikal Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020

October 2nd, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Kes aktif  Covid-19  di negara kita kini semakin menunjukkan peningkatan yang ketara dan secara tidak langsung membimbangkan pelbagai pihak. Terkini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi kemasukan Oktober 2020.

Demi keselamatan pelajar

Menerusi kenyataan media KPT, pihaknya mencadangkan semua IPT untuk menangguhkan dahulu, pendaftaran secara fizikal bagi pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Pendaftaran pelajar boleh dilakukan secara atas talian begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sehingga pengumumam baru dibuat.

Keputusan ini dibuat bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan para pelajar yang menjadi keutamaan KPT. Pihak KPT turut menjelaskan jika pelajar yang sudah berada di kampus dan sedang mengikuti kelas pembelajaran, mereka ini boleh kekal berada di situ tanpa perlu pulang semula ke rumah.

Penjadualan tiket pelajar

Selain itu, pihak KPT turut mengambil langkah proaktif untuk berunding semula dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi penjadualan semula tiket penerbangan pelajar untuk pulang ke kampus. Hasil rundingan tersebut, syarikat penerbangan bersetuju untuk menjadualkan semula tiket penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020.

Sebarang pertanyaan mengenai pergerakan balik ke kampus serta proses PdP, para pelajar boleh terus merujuk kepada IPT masing-masing. Pihak KPT juga, turut mencadangkan supaya segala jenis perhimpunan yang melibatkan orang ramai ditangguhkan terlebih dahulu.

Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi

SKIP THIS AD ×