berita

Kripto 101: Langkah-Langkah Untuk Mula Melabur Dalam Kripto Dengan Luno!

March 27th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Rata-rata anak muda kini lebih cenderung untuk melabur dalam aset digital seperti kripto lebih-lebih lagi apabila sistem kewangan konvensional dan ekonomi dunia meleset dan tidak stabil bermula tahun 2020 akibat pandemik. 

Walaupun ramai yang dah mula untuk mengenali Kripto namun masih ada ramai lagi yang tertanya-tanya definisi sebenar kripto dan cara untuk jadikan ia sebagai satu pelaburan yang berjaya. 

Jom kami tolong ajar cara yang mudah untuk mengenali mata wang kripto dengan mudah sekaligus set up akaun menggunakan Luno!

Sebelum tu, jom kami terangkan dahulu apa sebenarnya LUNO ni?

“Nak mula, tapi takut lah.”

Dialog ni memang selalu sangat kita dengar bila bercerita mengenai pelaburan, betul tak? Lama-lama tak mula terus, kan dah rugi?

Sebab tu lah adanya Luno ni! Luno merupakan platform yang selamat dan mudah untuk korang melabur dalam kripto secara berhemah. Aplikasi ini di kawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti serta mematuhi segala undang-undang tempatan. 

Malahan, semua kripto yang disimpan juga telah disahkan bagi tujuan sekuriti! Ha baru la confident sikit bila dengar macam ni kan?

Luno juga menjadikan kripto inklusif! Pengguna akan diberikan panduan dengan jelas dan langkah demi langkah. Dah lebih 10juta orang tau yang melabur dalam kripto dengan Luno ni! 

Nak tahu kenapa dah seramai 10 juta pengguna memilih Luno?

Mesti ada sebab Luno menjadi pilihan ramai betul tak?  Sebab-sebab utamanya ialah:

  • Memberikan panduan yang lebih mudah untuk di fahami sama ada di laman web atau versi mobile
  • Pembelian minimum- korang boleh mula trading serendah RM1!
  • Guna FPX je untuk deposit dan korang boleh terus nikmati dana tersebut dalam akaun korang! 
  • Lebih terjamin- Storage dilengkapi dengan keselamatan serta prosedur yang canggih dan berlapis
  • Luno memastikan para pelabur faham dan mempunyai ilmu kripto dan pelaburan yang cukup sebelum mula melabur. Korang boleh klik dekat SINI untuk dapatkan tips-tips yang boleh bantu korang untuk buat pelaburan!

Dah tahu apa itu LUNO kan? Jom kita daftar akaun pula! 

Mudah sangat, korang boleh daftar melalui handphone korang je tau!

  • Muat turun aplikasi Luno terlebih dahulu. Korang boleh scan je gambar dekat atas ni!
  • Kemudian, terokai dengan lebih lanjut. Korang boleh usha dulu apa info-info yang korang mahukan dan sebagainya
  • Dan bila dah ready, korang dah boleh mula melabur!

Faham pun sudah, akaun pun dah ada ha apa lagi? Jom mula melabur!


Langkah 1: Sahkan identiti  

Isi bahagian maklumat dan lengkapkan dokumen untuk pengesahan identiti, pergi ke Profil > Tetapan > Pengesahan untuk mula!

Langkah 2: Buat deposit

Lepas identiti telah disahkan, korang perlu masukkan wang ke dalam akaun untuk membeli matawang kripto. Ikut cara-cara dibawah:

  1. Pilih Dompet dari menu
  2. Buka dompet matawang tempatan
  3. Pilih DEPOSIT
  4. Kemudian ikuti gesaan pada skrin untuk melengkapkan deposit 

Langkah 3: Masa untuk membeli kripto!

Dana dah ada dalam akaun kan? So sekarang korang dah boleh mula beli kripto! Ikut je langkah dibawah ni: 

  1. Pilih Dompet di menu
  2. Pilih dompet untuk kripto yang ingin dibeli (boleh juga tambah tambahkan dompet baharu kalau tak ada dompet yang korang nak)
  3. Pada dompet kripto tersebut, pilih BELI
  4. Buat pilihan sama ada korang mahu belian sekali atau Belian Ulang

Jika korang pilih Belian sekali:

  • Pilih matawang pembayaran pilihan korang (biasanya matawang tempatan)
  • Masukkan amaun belian
  • Pilih NEXT
  • Semak semula maklumat transaksi, termasuklah caj perkhidmatan, kemudian pilih SAHKAN

Jika korang memilih Belian ulang:

  • Skrin tentang penerangan Belian Ulang akan dipaparkan. Pilih NEXT
  • Masukkan amaun belian
  • Pilih Frekuensi dan Tarikh Ulang
  • Tekan NEXT
  • Tekan SAHKAN jika korang berpuas hati dengan maklumat transaksi

And it’s done! 

Luno juga beri peluang untuk korang melabur dalam platform yang pelbagai dengan kadar yang lebih rendah!

Luno juga memberi peluang pada para pelabur untuk mempelbagaikan portfolio mereka dengan mengeluarkan fungsi “Multiple Coins” atau “Pelbagai matawang kripto”, dimana para pelanggan boleh membeli pelbagai matawang kripto dalam satu transaksi. 

Bukan itu sahaja, mereka juga boleh membeli pelbagai matawang kripto dengan kadar yuran yang direndahkan sehingga 1.75% untuk satu transaksi.

Ada 3 cara yang korang boleh pilih untuk mula gunakan fungsi ni!

Cara pertama adalah dengan melabur dalam matawang kripto paling famous dalam Luno iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH) dan Ripple (XRP) dengan amaun yang akan dibahagi sama rata antara semua matawang kripto. 

Cara kedua pula membenarkan pengguna untuk memiliki setiap matawang kripto,di mana korang boleh melabur dalam ke semua sembilan mata wang kripto secara sama rata berdasarkan amaun yang korang melabur. 

Bagi yang mahu mengawal syiling yang mereka laburkan tapi masih ingin menikmati kadar yuran yang lebih rendah, ada juga pilihan ketiga dimana korang boleh pilih sendiri matawang kripto yang korang mahukan berdasarkan kombinasi yang korang sendiri pilih!

Korang boleh ikut je cara dibawah:

  1. Di paparan Dompet, pilih pilihan BELI
  2. Pilih kombo syiling yang mana korang nak melabur
    1. Matawang kripto paling popular Luno
    2. Setiap satu matawang kripto
    3. Pilih kombinasi matawang kripto korang sendiri
  3. Masukkan amaun yang korang mahukan dan pilih “Seterusnya”
  4. Semak amaun dan yuran korang sebelum pilih SAHKAN untuk meneruskan
  5. Kalau korang guna aplikasi di mobile, masukkan Luno PIN korang

Mudah kan? Selama ni admin dengar je kripto rasa macam susah dan leceh je nak mula melabur bila dah ikut step by step dalam article ni ternyata mudah je guys!  Semua orang pun boleh mula melabur macam ni!

Korang boleh follow Luno di media sosial mereka sama ada di Instagram atau Facebook! Nak lagi best, korang boleh join group Komuniti Luno Malaysia juga! Boleh la bertukar pendapat dan sambil-sambil tu belajar dari mereka yang kongsikan tips-tips melabur dalam kripto! 

SKIP THIS AD ×