berita

Kris Dayanti Bakal Duet Bersama Anak Di Konsert Live In KL 2014

September 25th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Sidang-Media-Minggu-Setiausaha-Awi-Rafael-Noryn-Aziz-Krisdayanti-5-630x420

Kali pertama menjejakkan kakinya pada tahun 1998, Kris Dayanti mengakui bahawa dia tidak dikenali. Malah, sidang meet & greet yang diadakan juga tidak mendapat sambutan.

Namun, dengan bantuan media, akhirnya nama Kris Dayanti kini sudah berada di level yang tersendiri baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Setelah 16 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Kris Dayanti yang bakal menginjak ke usia 40 tahun hadapan amat bersyukur apabila berpeluang mengadakan konsert ‘Kris Dayanti Live In KL 2014’ pada bulan November ini.

576492c356d8e0278dfa7b752bad5bc8_XL

Poster konsert Kris Dayanti Live In KL 2014

“Kali terakhir saya bertemu dengan peminat di Malaysia kira-kira 7 tahun lalu dan pastinya tawaran yang diberikan oleh pihak One Drop Perfumes ini mengujakan saya.

InsyaAllah, saya bakal beraksi bersama Aurel di konsert tersebut. Sudah pasti saya amat teruja mahu mendendangkan lagu ciptaan Anang bersama anak saya.

Saya dan Anang juga amat profesional kerana Anang tidak semata-mata mencipta lagu buat kami, tetapi ia disukai oleh orang ramai. Justeru, saya rasa sangat teruja mahu berduet bersama Aurel yang nyata mempunyai suara yang bagus.

Selain itu, saya juga bakal menjemput artis tetamu dalam konsert ini yang bakal ditentukan oleh peminat dalam forum facebook Kris Dayanti Live in KL.”

Screen Shot 2014-09-25 at 1.45.54 PM

Anaknya, Aurel Hermansyah yang semakin cantik!

Meskipun Kris Dayanti mendorong anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan, dia tetap mahu Aurel Hermansyah menamatkan persekolahannya.

“Saya tidak punya halangan untuk lihat Aurel dalam bidang ini kerana Aurel juga seorang anak yang cerdas dan berani untuk kemukakan pendapat.

Dia kadang tidak peduli dengan omongan orang. Cuma saya nasihat supaya ambil peduli dan mungkin bisa jadi yang lebih baik.”

Ha… buat anda semua yang memang menantikan diva Indonesia ini membuat persembahan pada 22 November depan di Plenary Hall Kuala Lumpur Convention City, anda kini sudah boleh membeli tiket di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 0392228111.

Tiket berharga RM 98(bronze), RM188(silver), RM 328 (Gold), rm 428 (Diamond), RM 528( Platinum), RM 888( vip) dan RM 1,088 (VVIP).

Kredit foto: Instagram Kris Dayanti

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×