Penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti menjadi tumpuan ramai selepas sanggup mengeluarkan sejumlah wang demi yuran persekolahan kedua anaknya iaitu Amora dan Kellen.
Yuran termurah harga RM3,000
Krisdayanti memilih sekolah HighScope TB Simatupang di Jakarta iaitu insitusi pendidikan terbaik dan digelar sekolah bangsawan.
Yuran di sekolah ‘kayangan’ itu bermula sekitar 10 juta Rupiah iaitu sekitar RM3,000 sebulan untuk pendidikan pra sekolah. Bagi pendidikan tadika iaitu dari umur empat hingga enam tahun, yuran bulanan boleh mencecah RM5,000.
Menu makanan mewah dan sihat
Selain itu, yang menjadi sorotan ramai orang adalah kemudahan kantin. Pelajar yang menuntut ilmu di situ akan dihidangkan dengan menu terbaik setiap hari.
Apa yang istimewanya, makanan di kantin itu tidak menggunakan bahan-bahan perasa tambahan yang berbahaya untuk pelajar.
Menunya yang disediakan juga mewah seperti bubur ayam, kebab, chicken teriyaki dan jus buah-buahan. Semua masakan itu menggunakan bahan segar dan dimasak pada hari sama.
Sekolah itu juga melarang penjualan makanan ringan kepada pelajar yang menuntut di situ.
Biarpun yuran persekolahan mahal tetapi pelajar didik untuk bertanggungjawab menjaga kebersihan. Pelajar perlu mengangkat pinggan yang sudah digunakan ke tempat yang disediakan.
Sumber: Grid