Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang aktivis yang menggelarkan dirinya ‘Imam of Peace’ mengkritik Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sebagai seorang yang hipokrit. Rata-rata tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan olehnya yang boleh dikatakan agak melampau.
Siapa sebenarnya individu yang dikenali sebagai ‘Iman of Peace’ atau nama sebenarnya Mohamad Tawhidi? Dia merupakan warganegara Iran dan mempromosikan dirinya sebagai seorang aktivis perdamaian yang telah mendapatkan banyak kritik ekstrim dari sesama Muslim kerana pandangannya yang radikal dan agak reformis.
Kritik Raja Permaisuri Agong
Permaisuri Malaysia adalah orang paling hipokrit, memasak untuk barisan hadapan petugas Covid-19 tetapi dia (Raja Permaisuri Agong) tidak membuka mulut mengenai wanita dan gay dari Malaysia yang telah dipenjara dan dibunuh mengikut undang-undang Syariah.
Di dalam tweet tersebut, aktivis ini turut memuat naik foto seorang wanita bertudung dipukul dikhayalak ramai. Hal ini menimbulkan sensitiviti untuk rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, twitter itu diserang netizen kerana gambar dikongsikan itu palsu dan dipercayai berlaku di Indonesia.
Tidak tahan menerima tamparan hebat netizen Malaysia, dia memohon maaf atas keterlajurannya dan kini katanya terlantar di katil hospital.
Sheikh palsu
Jangan sebut Imam. Tetapi cukup sekadar menyebut Tawhidi. Apabila sebut Imam, seperti mengiktiraf beliau seperti ketua dan alim. Tawhidi ni asal Iran, menetap di Australia, dia seorang syiah (tetap syiah Iran sendiri tak suka beliau) dan beliau terkenal sebagai extremist + anti Muslim sunni. Di barat beliau digelar #FakeSheikh.
Beliau amat dibenci oleh penduduk Australia tetapi dianggap hero oleh US kerana Tawhidi ini anti perjuangan pembebasan Palestin yg dibawa oleh Hamas. Senator Republikan dan Datuk Bandar US adalah pembiaya kewangan Tawhidi. Jangan pelik, di India Tawhidi ini mempunyai pengikut yang ramai. Dan begitu disayangi oleh masyarakat extremist Hindu India kerana Tawhidi ini anti Zakir Naik & Muslim Pakistan.
Menerusi perkongsian lelaki ini yang dikenali sebagai MyZaidy Yusoff, gelaran Imam untuk Mohamad Tawhidi adalah sangat tidak betul memandangkan dia seorang syiah dan penganutnya sendiri tidak menyukai Tahwidi. Tambahnya lagi, dia dianggap hero oleh US kerana dia anti kepada Palestin.
Banyak gosip dengan pelakon Bollywood
Pada Tawhidi, Muslim Pakistan adalah Sekelompok Muslim tidak berotak. Dan tawhidi juga mengiktiraf bahawa wilayah Kashmir adalah hak India. Jadi tidak peliklah, Priyanka Chopra, Raveena Tandon artis Bollywood ini adalah antara peminat fantik dan tegar kepada Tawhidi. Di India, banyak gossip tersebar diantara Tawhidi dan Raveena. Termasuk la dm ‘nakal-nakal’, antara mereka berdua.
Pelakon cantik dan terkenal Pakistan, Armeena Khan antara Individu yg pernah menjadi mangsa kebencian pengikut Tawhidi sehingga terpaksa menutup akaun twiter dan IG milik peribadinya. Armeena Khan dalam satu kenyataan mengkritik Tawhidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.
Malah, Tahwidi turut mempunyai banyak gosip liar bersama artis sehingga pelakon Armeena Khan mengkritik Tahwidi sebagai tokoh jahat dan penyebar ilmu palsu.
Anti muslim
Kebencian Tawhidi terhadap wanita bertudung itu luar biasa. Sebab itu, beliau sering mengkritik tentang pakaian Rashaida Thlaib dan Ilhan Omar pemimpin muslim dari parti demokrat US. Bahkan pernah melabel Radhaida dan Ilhan sbg agen terrorist dalam dewan Kongres US.
Kini beliau mengkritik Permaisuri Agong sebagai lambang hipokrasi wanita asia..terbukti Tawhadi ini adalah seorang yang sakit dan sedang menanam tanggapan dan naratif jahat terhadap imej beragama. Trendingkan di Twiter dengan
#FakeSheikhTawhidi
Dalam pada itu, Tahwidi turut anti orang bertudung dan mengkritik pemakaian Rashaida dan Ilhan yang merupakan pemimpin muslim dari parti demokrat US. Tawhidi bukan sahaja ‘membenci’ kaum Muslim tetapi ia juga menyebarkan secara persis jenis narasi yang pas di blog, laporan, dan pidato mereka. Dia bahkan telah memberikan wawancara ke portal sayap kanan OpIndia tahun lalu. Aktivis dan kolumnis anti-Islamofobia untuk Mata Timur Tengah CJ Werleman juga merefleksikan bagaimana Imam ‘palsu’ itu dipuji oleh “fasis Hindu yang membenci Muslim di India”.
Sumber : MyZaidy Yusoff