berita

Kritik Skuad Penyelamat Bomba Tak Guna, Chuah Chun Howe Mohon Maaf

January 22nd, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Ahad lalu, kemalangan yang berlaku di Jambatan Pulau Pinang mendapat perhatian ramai apabila kereta dirempuh itu terjunam ke dalam laut. Walau bagaimanapun, kereta itu telah berjaya ditemukan semalam kira-kira jam 4 petang.

Artikel Berkaitan : ‘Mereka Adalah Rakan & Dalam Perjalanan Pulang Dari Menyambut Hari Jadi’

Namun, dalam usaha menyelamatkan kereta itu, seorang lelaki telah memperlekeh usaha pasukan penyelamat. Lelaki yang dikenali sebagai Chuah Chun Howe itu memberi komen di dalam video live yang dirakam di lokasi kejadian.

Cetek pun gagal nak cari

Skuad penyelamat bomba kita tak guna, cetek je pun tu pun gagal nak cari, semua tido dan makan saja.

Komen itu menimbulkan kemarahan netizen yang rata-ratanya menyifatkan dia seolah-olah tidak sensitif dengan kejadian yang berlaku itu. Mereka turut menggesa Chun Howe meminta maaf dengan segera di atas ketelanjuran katanya itu.

Dikritik teruk

 

Tidak tahan dikritik netizen, Chuah Chun Howe telah pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Georgetown untuk membuat permohonan maaf  pada jam 930 pagi tadi.

Saya amat kesal dengan percakapan melulu

Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba malaysia. saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak Penang dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail.

Saya berjanji tidak akan bercakap yg tidak baik lagi mengenai anggota beruniform Malaysia. Tuan Ismail sendiri menjelaskan banyak perkara mengenai kes ini dan juga kes kes lain, serta apa yang perlu dilalui oleh anggota bomba.

Saya harap orang tidak membuat komen negatif

Saya harap semua orang tidak akan buat comment negatif terhadap ahli beruniform  macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka. Sekali lagi saya ikhlas memohon maaf kepada semua warga beruniform di seluruh Malaysia.

Buat sementara waktu account saya telah di suspended-kan di sebabkan oleh reports yg di terima. Saya tidak bekerja di Exabytes sejak 5 tahun lalu.

Sumber : Penang Kini

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×