berita

Kronologi Kanak-Kanak 3 Tahun Hilang, Rupanya Dah Meninggal Dunia & Ditinggalkan Dalam Hutan

March 6th, 2019 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Minggu lepas, sepasang suami isteri diburu pihak polis bagi membantu siasatan kes kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang hilang. Kejadian yang agak mengelirukan itu menimbulkan pelbagai reaksi orang awam yang rata-ratanya simpati dengan nasib kanak-kanak itu.

Artikel Berkaitan : Wanita Dakwa Anak 3 Tahun Hilang Di Rumah Pengasuh, Polis Cari Pasangan Ini

Terbaru, menerusi Harian Metro, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia. Paling menyedihkan apabila mangsa ditinggalkan di dalam hutan.

Semalam, pasangan itu telah ditahan di Ampang, Selangor pada 4 jam petang. Suspek yang berusia 37 dan 40 tahun. Pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan membawa mereka pulang ke Langkawi hari ini bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun kanak-kanak terbabit tidak berada bersama mereka dan kami masih menyiasat mengikut kes berkenaan mengikut Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak.

Terdahulu, satu laporan telah dibuat oleh ibu kanak-kanak tersebut mengatakan anaknya yang dijaga teman lelakinya hilang.

Meninggalkan kanak-kanak itu dihutan

Namun, apa yang menyedihkan hari ini pihak polis mengesahkan kanak-kanak tersebut sudah meninggal dunia selepas pihaknya menahan seorang lelaki. Suspek yang dipercayai menjaga mangsa itu telah ditahan di sebuah premis di Taman Melati, dekat Ampang, petang semalam.

Hasil soal siasat mendapati, kanak-kanak berkenaan mengalami sawan ketika dimandikan lelaki berkenaan dan tidak sedarkan diri sebelum dia bertindak meninggalkan kanak-kanak itu di satu kawasan hutan.

Lari ke Lembah Klang bersama keluarga

Menurut sumber, lelaki berkenaan melarikan diri ke Lembah Klang sejurus kejadian bersama isteri dan anaknya. Rahsia ini terbongkar selepas dia disoal siasat oleh pihak polis.

Suspek kemudiannya melarikan diri ke Lembah Klang bersama keluarganya. Suspek sudah dibawa ke Langkawi untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan, tangkapan dilakukan pasukan dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Langkawi dengan bantuan anggota dari IPD Ampang.

Update terkini

Siasatan awal mendapati suspek lelaki membawa polis ke lokasi sebelum menunjukkan tempat mayat kanak-kanak itu dibuang jam 11 pagi ini.

Menerusi bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dan anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia mayat ditemui hanya tinggal cebisan rambut dan tengkorak.

Cebisan rambut dan tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya.

Menurut KP Langkawi Mohd Iqbal Ibrahim, kedua-dua suspek akan direman esok pagi dan disiasat mengikut Seksen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Masuk dalam beg

Mangsa dilaporkan mengalami sawan ketika berada bersama suspek dan sejurus itu berlaku pertengkaran antara suspek dan isterinya.

Dalam usaha merawat mangsa, suspek lelaki mendakwa menepuk belakang mangsa beberapa kali sehingga tidak sedarkan diri.

Suspek mengaku membuang beg pakaian itu ke dalam gaung. Bagaimanapun polis hanya menemui cebisan rambut dan tengkorak mangsa, hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, panik dengan keadaan itu, suspek lelaki memasukkan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ke dalam beg pakaian.

Terdahulu, sebaik polis menerima laporan ibu mangsa, beliau berkata, polis mengunjungi rumah yang didiami pasangan itu tetapi tidak berpenghuni.

Pasangan itu dipercayai melarikan diri sejak Jumaat lalu berdasarkan rekod yang diperoleh daripada syarikat pengangkutan. Pasangan itu juga turut membuat pertukaran sekolah anak mereka ke Johor, tetapi mereka ditahan di Ampang, Selangor.

Sumber : Harian Metro

 

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×