berita

Penuh Kesan Lebam, Berat Cuma 18kg Ketika Ditemui, Ini Kronologi Pembunuhan Siti Hajar

March 1st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap sepasang suami isteri yang tergamak membunuh anak mereka iaitu Siti Hajar di Jalan Air Putih, Chukai, Terengganu pada 26 April 2016.

Berikut merupakan kronologi mengenai kes tersebut. Jom baca!

Kronologi kes

Foto: Siti Hajar

Untuk pengetahuan korang, kematian Siti Hajar ini pada mulanya dikatakan berpunca kerana demam panas. Ini kerana, ayahnya iaitu Anuar Yusof telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa anak keduanya itu menemui ajal kerana sakit biasa di kediaman mereka di Batu 5 Binjai. Sebaik sahaja pihak polis mendapat laporan mengenai kematian tersebut, mereka segera melakukan pemeriksaan terhadap mayat Siti Hajar.

Namun, siapa sangka tembelang seorang bapa akhirnya kantoi apabila pihak polis mendapati mayat mangsa mempunyai tanda-tanda penderaan. Sebahagian besar badan mangsa dipenuhi dengan kesan gigitan dan lebam. Lebih menyedihkan, terdapat satu kesan di bahagian kemaluan dan belakang mangsa. Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim, pada peringkat awal kes tersebut dibuka di bawah kes mati mengejut namun, selepas pemeriksaan dilakukan mereka mendapati ada unsur-unsur jenayah. Tambah beliau, mayat mangsa pada masa tersebut telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat secara lanjut.

Selepas dua bedah siasat dijalankan, pihak polis mendapati mangsa turut mengalami jangkitan kuman dan dibiarkan kebuluran sebelum meninggal dunia. Berat badan mangsa pada masa tersebut juga hanya 18 kilogram. Jelas pihak polis lagi, kesan gigitan yang ditemui pada bahagian badan mangsa juga merupakan kesan gigitan yang dilakukan oleh manusia.

Empat suspek ditahan

Sekadar gambar hiasan

Susulan daripada itu, bapa kandung, ibu tiri serta dua orang adik mangsa telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu siasatan pada tanggal 1 Mei 2016. Kes kematian tersebut turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Sepanjang sesi perbicaraan di Mahkamah Tinggi, tertuduh iaitu Anuar Yusof dan isterinya Murni Ahmad gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Oleh itu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap pasangan suami isteri selepas didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka yang berusia 22 tahun.

Manakala, kedua-dua adik mangsa iaitu Siti Sarah Anuar dan Amir Sharif telah dibebaskan selepas didapati tidak bersalah bagi pertuduhan yang sama. Untuk pengetahuan korang lagi, mangsa bersama dua orang adiknya itu berada di bawah jagaan bapan mereka selepas kedua ibu bapa mereka bercerai. Ibu kandung mangsa yang merupakan wanita Cina mualaf dipercayai menetap di Pulau Pinang.

Sumber: Dang Anum & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×