Tindakan memalsukan akaun merupakan salah satu taktik yang digunakan orang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan sesuatu dengan cara kotor. Mereka sanggup menduakan profil supaya kelihatan sama seperti individu sebenar. Akibatnya ramai yang terpedaya dengan ayat memujuk dan sangat meyakinkan.
Seperti perkongsian Dr Yazeed Hairi ini, scammer menggunakan nama dan wajahnya meminta gambar payudara kononnya untuk tujuan perubatan dan kajian. Paling menyedihkan apabila ada mangsa yang tertipu dan termasuk jerat.
Untuk kegiatan nafsu seks
KRONOLOGI SCAMMER MENYAMAR DOKTOR PAYUDARA MENJERAT MANGSA
AKU MERAYU AGAR KORANG SHARE POST NI.
Hari ini adalah hari yang amat menyedihkan buat aku sebagai Doktor Perubatan (Ramai yang ingat aku ni doktor gigi). Malangnya hari ini, bukan sahaja akaun aku dipalsukan malah ianya digunakan untuk kegiatan nafsu gila seks. Sebelum aku teruskan, aku nak ingatkan jika nak komen di ruangan bawah. Pastikan tidak mengguris hati mangsa kerana aku sendiri dah dapatkan kepastian. Bagaimana mereka boleh terpedaya. Apa yang menyedihkan aku, apabila ada dua orang mangsa yang akhirnya terpedaya dengan tipu helah scammer ni.
Kronologi
Semalam lebih kurang 12 malam aku terima PM dari salah seorang follower. Dia forwardkan gambar yang telah pun di screen caption kepada aku, samaada ianya betul akaun aku atau tidak. Masa tu aku terkejut beruk, aku hanya ada dua akaun. Satu personal satu lagi page yang hanya digunakan untuk koleksi cerita yang aku pernah tulis.
Jadi aku jelaskan pada dia, yang itu adalah akaun palsu. Dia mula rasa lega dan syukur masa tu dia tidak diperdaya. Aku terus tulis pasal scammer alert ni sebab aku takut masa yang sama dia sedang cuba mangsa yang lain.
Tak mahu ramai terpedaya
Tak lama lepas aku muat baik cerita pasal akaun aku dipalsukan, aku dapat satu lagi PM dari ( Nana ) bukan nama sebenar. Nana tanya aku benda yang sama, sama ada akaun itu milik aku atau tidak. Aku balaslah, yang akaun tu palsu seperti post terkini yang aku baru sahaja muat naik. Nana pun hantar gambar screenshot perbualan dia dan scammer tu.
Bila aku baca screenshot tu Ya allah. Scammer tu pujuk agar jadi pesakit volunteer untuk research mamogram kononnya. Rupanya niat scammer ni sebenarnya nak kan gambar buah dada. Aku tak pasti apa motif sebenar tapi apa yang boleh aku konklusikan dari apa bukti yang ada scammer ni pesakit mental. Hanya orang yang tak normal sahaja akan lakukan perkara jijik macam ni.
Yang kedua, scammer ini adalah golongan “Sex maniac” iaitu gila seks. Padahal boleh je dia tengok gambar dekat google, berlambak gambar buah dada dekat sana. Tapi baginya, gambar yang dia mahukan dengan cara yang sebegini adalah lebih “thrill”, mencabar. Dengan cabaran itu lah yang dapat memuaskan nafsu dia dengan lebih lagi. Original pulak tu. Mental kau sakit teruk ni.
Mangsa terjerat
Macam mana mangsa boleh terpedaya?
Nana jelaskan pada aku, cara scammer tu menaip dan fakta fakta yang scammer tu berikan (Mungkin guna fakta digoogle ) amat meyakinkan. Pada awalnya Nana dah mula rasa bagaikan ada sesuatu yang tak kena. Nana tidak bersetuju. Kemudian, scammer tu menunjukkan gambar perbualannya dengan mangsa yang lain. Mangsa itu boleh dikatakan orang yang terkenal juga (Aku tak boleh share nama). Setelah Nana melihat gambar mangsa yang lain. Keyakinan Nana mula datang kembali.
Jadi aku tanya semula. “Dont tell me awak ada kasi jugak lepas tengok gambar testimonial orang lain?!!” tanya aku.
Malangnya Nana dengan kesedihan dan sebak di dada, “Ya allah, gambar tu saya dah beri pada scammer tu” balas Nana.
Sumber : Dr Yazeed Hairi