berita

Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan Jadi Wilayah Bebas Berniaga Bermula 15 November – Annuar Musa

November 11th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menyampaikan bantuan gerai penjaja bergerak dan lesen penjaja sementara kepada beberapa penduduk di Kuala Lumpur. Menerusi majlis tersebut, beliau turut mengumumkan satu berita baik yang dinanti-nanti oleh penduduk Wilayah Perseketuan.

Wilayah bebas berniaga

Gambar sekadar hiasan

Wilayah Persekutuan yang diwakili Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan menjadi ‘Wilayah Bebas Berniaga’ selama enam bulan bermula 15 November ini.

Inisiatif itu dibuat bagi membolehkan warga Wilayah Persekutuan meringankan beban susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikhususkan kepada warganegara Malaysia saja. Mereka juga dibenarkan berniaga apa-apa saja barangan termasuk makanan, pakaian sehingga 15 April tahun depan.

Tambahan pula, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mempermudahkan urusan peniaga bagi mendapatkan lesen tersebut.

Garis panduan berniaga

Foto:  Tan Sri Annuar Musa

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga diminta mengeluarkan garis panduan dalam tempoh terdekat mengenai tatacara perlu dipatuhi orang ramai yang mahu berniaga kelak.

Syarat yang dikenakan lebih mudah, iaitu lokasi perniagaan tidak boleh mengganggu lalu lintas, aspek kebersihan makanan dan persekitaran tempat perniagaan, menjadi aspek keutamaan.

Ramai yang terkesan daripada PKPB dan COVID-19. Ini inisiatif kerajaan untuk membantu golongan terkesan meneruskan kehidupan dalam tempoh mencabar ini.

Tidak berakhir di situ, pihak kementerian turut mempertimbangkan untuk melanjutkan tempoh kebenaran perniagaan jika mendapat sambutan yang mengalakkan.

Sumber: Tan Sri Annuar Musa

SKIP THIS AD ×