berita

‘Kuarantin’ Dalam Bilik Sendirian Walaupun Negatif Covid-19, Tengku Zafrul Sebak Terima Surat Anak

January 14th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Menteri Kewangan Negara, Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz memaklumkan bahawa beliau sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediamannya. Ini kerana, beliau merupakan salah seorang kontak rapat kepada individu yang disahkan positif Covid-19.

Oleh sebab itu, beliau perlu mengasingkan diri daripada orang lain termasuklah ahli keluarga walaupun ujian saringan menunjukkan dirinya negatif wabak berkenaan.

I love you Papa

Hari ini, saya mendapat sepucuk surat dari anak perempuan saya, Zahira, yang berumur 7 tahun. Walaupun di rumah, saya tidak boleh bersama keluarga atas faktor kesihatan. Ingin saya maklumkan bahawa saya merupakan kontak rapat kepada seorang individu yang positif COVID-19.?

Saya telah melakukan ujian saringan COVID-19 semalam dan Alhamdulillah, keputusannya negatif. Saya juga telah memulakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah Kediaman (HSO) and will be working from Home (WFH) sejak beberapa hari lalu sehingga 19 Januari. Buat yang diluar sana, mohon doakan kesihatan dan keselamatan kita semua. Stay safe and stay strong. Let’s flatten the COVID-19 curve together!

Papa misses you, too, Zahira! InsyaAllah, Papa will see you soon! PS. Buat yang keliru dengan isi surat Zahira, ini kandungannya,“Papa this is from me. I want to give you this picture because I love you and I miss you so, so, so, so, so, so, so much, more than infinity.

Posting yang dimuat naik Tengku Zafrul di Instagram itu turut mendapat perhatian ramai apabila beliau berkongsi sepucuk surat tulisan tangan daripada anaknya yang berusia 7 tahun. Jelas beliau, anaknya iaitu Zahira menyatakan rasa rindu dan sayang terhadapnya apabila mereka terpaksa tinggal berasingan. Zahira turut melukis gambar hati dengan menulis ‘I love you papa’ di dalam hati tersebut.

So sweet!

Tengku Zafrul telah menjalani kuarantin sejak beberapa hari yang lepas dan beliau dipercayai hanya bekerja dari rumah tanpa berinteraksi secara bersemuka dengan orang luar dan juga ahli keluarga. Beliau dijangka mengakhiri tempoh kuarantin kendiri ini sekitar 19 Januari 2021.

Sumber: Tengku Zafrul

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×