berita

‘Kuarantin Selama Tiga Hari Lagi Bahaya!’ – Najib Razak

February 9th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didakwa meluahkan rasa tidak berpuas hati apabila menteri yang kembali dari lawatan rasmi luar negara hanya perlu menjalani kuarantin selama tiga hari sahaja jika dibandingkan 10 hari bagi tempoh terdahulu.

Bukti kuarantin kendiri PRN Sabah

Kuarantin selama 3 hari sahaja lagi bahaya sebab purata tempoh inkubasi Covid ialah 5 hingga 6 hari. Ada bahayanya jika mereka yang telah dijangkit akan salah dilepaskan terlalu awal lalu menjangkiti ramai lagi orang setelah tersalah sangka mereka bebas Covid. Ini terbukti semasa kuarantin kendiri 3 hari pada mulanya dikenakan KKM bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah.

Lagi bahaya jika jangkitan yang tersalah lepas ialah dari luar negara sebab ada kebrangkalian ianya mutasi Cov id baru yang lebih ganas seperti mutasi UK dan mutasi Afrika Selatan. Pada ketika kes aktif sudah cecah 51 ribu dan kapasiti KKM sudah jauh dilepasi, sistem kesihatan kita tidak mungkin dapat bertahan jika mutasi UK yang menular dengan kadar 70% lebih laju merebak ke negara kita.

Menurut Najib, proses kuarantin selama tiga hari itu ternyata tidak berkesan malah, ianya lebih berbahaya kerana tempoh inkubasi Covid ialah lima hingga enam hari. Beliau turut memberikan beberapa contoh yang menunjukkan kuarantin kendiri tiga hari itu tidak berkesan. Contoh pertama merupakan kes ADUN Kampung Tunku. Jelas beliau, ADUN tersebut pulang dari Sabah pada 27 September dan KKM telah membenarkan ADUN tersebut untuk memotong gelang pada 30 September kerana ujian pertamanya negatif. Namun, pada 2 Oktober, individu tersebut didapati positif Covid-19.

Di samping itu, Najib turut memberi contoh ADUN Ayer Limau dan ADUN Maharani. Kedu-dua mereka telah pulang dari Sabah pada 26 dan 28 September dan hasil ujian swab yang pertama mendapati mereka negatif. Namun, selepas itu kedua-dua mereka turut disahkan positif wabak berkenaan.

Bukan pergi seorang diri

Perlu faham bahawa setiap kali menteri buat lawatan rasmi ke luar negara, dia bukan pergi seorang diri. Jika menteri berhati-hati dan mengikut SOP dengan ketat, tiada jaminan rombongan dia juga sama. Pada pendapat saya, penularan mutasi baru ke Malaysia adalah satu perkara yang akan membawa parah yang amat besar bagi negara pada ketika sistem kesihatan kita sudah terlebih kapasiti.

Jelas Najib lagi, menteri yang membuat lawatan rasmi ke luar negara bukan pergi seorang diri. Malah, terdapat juga rombongan yang dibawa. Oleh itu, beliau risau sekiranya penularan mutasi baru ada di Malaysia dan sudah pasti ianya akan mengundang padah yang lebih besar.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba telah mengeluarkan dokumen perintah berjudul “Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian) 2021” mengikut kuasa (Akta 342) seksyen 29 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Berdasarkan perintah berkenaan, menteri yang pulang dari mana-mana lawatan dari luar negara tidak perlu menjalani prosedur operasi standard (SOP) tempoh kuarantin 10 hari yang ditetapkan kerajaan.

Sumber: Najib Razak

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×