Di Instagram, pelakon Fazura dilihat memuat naik satu gambar bersama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Artikel Berkaitan: Rakan Artis & Netizen Berkampung Di IG Fazura Titip Kata-Kata Semangat – ‘Harap Masih Boleh Diselamatkan’
Artikel Berkaitan: Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin Selepas 7 Tahun Kahwin
Kuat dan tabah
Menerusi foto hitam putih yang dimuat naik di Instagram @fattzuralovelife, Fazura dan Fatima kelihatan sedih. Lebih mencuri tumpuan, Fazura turut memeluk erat anaknya pada waktu itu.
Pelakon filem ‘Pisau Cukur’ ini turut menulis kata-kata positif buat anak tunggalnya itu. Menurut Fazura, dia berharap Fatima menjadi seorang anak yang cekal dalam mengharungi cabaran hidup.
Kuat dan tabah. Itulah sifat yang ada padamu apabila dewasa nanti.
Hari ini, media melaporkan Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai kes tersebut masih tidak didedahkan.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Instagram