berita

Kucing Kesayangan Mati Sebab Penyakit Sawan & Trauma, Naim Daniel Seru Masyarakat Jangan Dera Haiwan

May 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Meskipun kebanyakan haiwan jalanan kelihatan kotor dan tidak terurus, sebagai manusia kita tidak seharusnya menganiaya ciptaan Tuhan tersebut.

Baru-baru ini, Naim Daniel berkongsi rasa sedih apabila kucing kesayangannya telah mati akibat sawan. Lebih menyedihkan, kucing tersebut sudah mempunyai masalah kesihatan ketika diselamatkan tiga bulan yang lalu.

Jumpa dekat tepi kedai makan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Assalammualaikum semua. Untuk makluman, Pia, kucing kesayangan kita semua dalam video Naim sebelum ni baru saja meninggal jam 11 pagi tadi. Sawan dia attack balik masa kakak tengah suap dia makan. Before this masa dia sawan, kakak managed untuk counter sawan dia and pump dada dia but harini Allah memang nak bawa Pia balik.

3 bulan Allah pinjamkan Pia untuk keluarga kami. Dari papa jumpa dia dekat tepi kedai makan, bela dia sampai hari ni. Akhirnya Pia berhenti untuk bertarung dengan penyakit dia. Sama – sama kita doakan Pia @itspiathecat. Pengalaman untuk ada bersama dengan kucing istimewa dalam keluarga kitaorang selama 3 bulan ni memang betul-betul memberi seribu satu makna.

Menurut Naim, Pia kucing kesayangannya itu meninggal dunia disebabkan sawan. Tambahnya, kucing tersebut dijumpai oleh ayahnya di tepi kedai makan sebelum mereka mengambil keputusan untuk menjaganya. Selama tiga bulan bersama, Naim berkata kucing tersebut memberi seribu satu makna buat keluarganya. Walaupun keadaan kesihatannya semakin merosot, kucing itu masih tidak berhenti bertarung nyawa sehingga disahkan mati baru-baru ini.

Jangan dera haiwan

Peringatan sesama kita, jangan pernah dera haiwan. Macam Pia, dia menderita penyakit sawan yang mungkin berpunca daripada trauma sebelum ini yang pernah didera oleh orang sebelum kami jumpa dia. Dan ini adalah penderitaan yang terpaksa Pia tanggung. Sayangi haiwan anda, tak kira yang ada beli di pet shop ataupun jumpa sekali di tepi jalan sekalipun. Jangan pernah ada sikap prejudis.

Pada masa yang sama, Naim turut berpesan kepada masyarakat agar jangan mendera haiwan. Ini kerana, kucing kesayangannya itu pernah didera sehingga trauma lalu meninggalkan penderitaan yang teramat buatnya.

Sumber: Naim Daniel

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×