berita

‘Kucing Tak Dapat, Duit Lesap’ – Hajat Nak Bela Kucing Parsi RM200 Tak Kesampaian

September 25th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Perniagaan online sudah menjadi satu tren pada masa kini. Mudah, pantas dan yang penting barangan tersebut dihantar terus di depan pintu! Jangan tak percaya kalau binatang peliharaan seperti kucing pun ada orang jual secara online.

Namun ianya menjadi isu apabila ada sesetengah peniaga online yang tidak bertanggungjawab, menipu si pembeli sehingga terpaksa menanggung kerugian ribuan ringgit. Menerusi laporan Mstar Online, sepasang suami isteri ditipu oleh peniaga online.

Mencari kawan untuk kucing

Menerusi temubual bersama Mstar Online, Syarifah Mazura Syed Mahathar bersama suami merancang untuk memelihara seekor kucing lagi untuk dijadikan kawan kepada kucing mereka.

Kami sudah ada seekor kucing dan rancangnya nak cari lagi untuk dijadikan teman yang ada di rumah tu. Tanpa diduga kami terlihat satu iklan di Facebook daripada penjual kucing.

Laman itu hanya minta saya tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi.

Bukan nombor Malaysia

Tengok pada nombor, bukan dari Malaysia. Tetapi kami tidak berapa mengambil ‘port’ memandangkan tawaran harga seekor anak kucing Parsi sangat murah. Bermula dengan harga RM800, akhirnya kami dapat dengan hanya RM200.

Pemilik yang menjual kucing itu bernama ‘Bayuandikasitinjak’ telah menghubungi kami dan memberitahu ‘update’ proses menghantar anak kucing itu ke alamat yang diberikan.

Suatu hari seseorang menghubungi dari ‘Badan Kerantina Pertanian’, Batam mengatakan saya perlu membayar cukai untuk penghantaran ke Lapangan Terbang Senai menerusi penerbangan AirAsia. Katanya kalau tidak membuat pembayaran deposit sebanyak RM1,500, kucing itu akan ditahan.

Katanya lagi, pihaknya hanya mengambil bayaran sebanyak RM50 daripada jumlah itu dan akan dikembalikan bakinya.

Jadi kami tanpa berfikir, suami terus membuat transaksi pembayaran ke sebuah bank Indonesia.

Selepas itu kami sekali lagi menerima panggilan telefon mengatakan dari Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur memberitahu saya perlu membayar deposit perlindungan sekali lagi sebanyak RM1,500 untuk jenis kucing itu dan akan mendapat balik RM1,450 seperti bayaran di Batam.

Kucing tak dapat, duit deposit lesap

Menurut beliau, mereka di paksa untuk datang ke Ibu Negara untuk mengambil kucing tersebut.

Saya terus menelefon perhilitan dan mendapat tahu apa yang diperkatakan itu adalah tidak benar. Apabila diberitahu kepada pemanggil itu, dia cuma cakap saya tidak akan terima kucing itu jika tidak membuat bayaran. Malah saya juga dipaksa untuk datang ke Kuala Lumpur mengambil kucing.

Kami bertegas tidak mahu ke KL kerana sibuk dengan kerja masing-masing dan dia berjanji akan hantar ke rumah.

Dan wang deposit sebanyak RM3,000 akan dikembalikan pada hari berikutnya. Namun selepas beberapa hari menunggu, kami sedar sudah ditipu.

Saya cuba menghubungi penjual kucing itu, dan dia seperti berlakon terkejut apabila mengetahui kucing belum sampai.

Saya yakin dia dan pemanggil dari Batam dan Perhilitan itu adalah ‘geng’ mereka

Buat laporan polis

Selepas kejadian tersebut beliau dan suami membuat laporan polis. Tambahnya lagi, beliau berasa serik dan akan hanya berurusan dengan peniaga tempatan sahaja.

Terlalu mudah percaya dengan tawaran murah, kami ditipu. Walhal suami saya seorang yang berhati-hati dalam bab ini.

Saya berharap pengguna Facebook tidak mudah percaya dengan apa sahaja yang dijual dari luar negara. Lebih baik berurusan dengan penjual-penjual tempatan kerana kalau apa-apa berlaku kita boleh kesan mereka dengan lebih mudah.

Serik. Lepas ini saya mahu cari kucing yang di jual dalam negara sahaja.

Sumber: Mstar Online

SKIP THIS AD ×