berita

Kucing Tiba-Tiba ‘Naik Angin’ Serang Anak…

June 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Malang tidak berbau. Itu lah ungkapan yang paling sesuai menggambarkan detik cemas yang dialami Nor Hidayah apabila anak lelakinya yang masih kecil secara tiba-tiba telah diserang oleh seekor kucing yang dipeliharanya di rumah. Lebih mencemaskan, apabila melihat keadaan wajah anak ini dipenuhi dengan luka dan darah.

Serangan dari kucing rumah

Serangan daripada kucing rumah. Hari pertama 1 jun 2020. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Kami ada pelihara kucing nama Grey. Hari kejadian sekitar 11 pagi macam tu. Pintu buka tapi pintu grill tutup. Jadi nampak lah  dekat luar kucing bergaduh lari lalu depan rumah. Cepat-cepat lah tutup pintu sebab takut Grey lari keluar juga sebab dia pernah panjat grill tu lari kejar kucing lain dan hilang. Sehari kami cari baru jumpa.

Tak nak kejadian sama berulang jadi tutup pintu tapi tak sangka tindakan saya tu membuatkan Grey marah. Amsyar masa tu duduk berdekatan dengan Grey dekat depan pintu juga, lepas je tutup pintu tu berlalu nak duduk di sofa. Selepas itu la Grey nampak Amsyar terus dia terkam kepala Amsyar dan gigit cakar semua. Benda tu jadi sangat cepat berapa saat je, bayangkan macam kucing bergaduh tu. Betul-betul Grey buat macam tu dekat Amsyar. Dakap kepala Amsyar macam musuh dia.

Darah meleleh dari mata

Bila nampak tu terus baling bantal dekat Grey. Grey lari tapi Grey datang balik macam nak serang lagi. Saya ambik bantal tadi pukul Grey sebab geram sangat Grey buat macam tu dekat Amsyar. Tengok Amsyar terbaring darah dah meleleh dari mata. Masa ni baru perasan yang kelopak mata Amsyar terbelah kena cakaran Grey. Nampak isi terkeluar dan kesan gigitan di kepala cakaran di dada, belakang kepala dan mulut. Menggigil tengok luka banyak macam tu.

Amsyar dah meraung raung. Mama pun nangis sama. Masa dukung Amsyar tu Grey macam nak serang lagi. Kami lari masuk bilik dan tutup pintu. Call husband suruh balik dia ada dekat luar masa tu. Nasib dia memang dalam perjalanan balik masa tu. Tak berani keluar bilik dah. Tak lama husband sampai, terus ke klinik. Baju mama penuh darah dan masa tu tekan dengan tisu je luka dekat mata Amsyar sebab darah banyak keluar.

‘Mama tak potong kuku Grey’

Luka dekat kelopak mata Amsyar kena 5 jahitan. Allah pelihara tak kena dalam mata. Mungkin dia tutup mata masa serangan tu. Jangan kecam saya sebab saya pun tak tau benda ni nak jadi. Doakan Amsyar cepat sembuh. Hari ni bengkak dah surut dan mudah-mudahan cepat baik Amsyar.

Mama minta maaf sayang, salah mama. Mama tak potong kuku Grey. Pesanan saya kalau nak jaga kucing pastikan kuku di potong, vaksin,dan kasi. Nasib baik kami vaksin Grey, kalau tak mungkin jangkitan kuman dekat luka lebih teruk.

Sumber: Nor Hidayah

SKIP THIS AD ×