Sekumpulan band tidak dapat lari daripada isu kewangan termasuk Kugiran Masdo yang mengambil langkah berhati-hati sejak awal penubuhan mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Harapkan Bulan & Bintang Tapi Yang Kami Dapat Hanyalah Pagar Makan Padi’ – Kugiran Masdo
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kugiran Masdo Respon Penampilan Dilabel ‘Seperti Tak Mandi’ – ‘Terima Kasih Kepada Yang Menegur’
Ambil iktibar
Ketika ditemui OhBulan!, Kugiran Masdo yang dianggotai Ali Sariah (penyanyi, gitar), Putu Ceri (bass) dan Asmawi (gitar) berkata, mereka sudah dapat menjangka isu kewangan pasti akan timbul.
Pada awal penubuhan band kami sudah mengetahui bahawa duit akan menjadi satu masalah. Dari situ kami ambil langkah berjaga-jaga dan menjadi telus.
Untuk kekal lama sebagai satu kumpulan, kita perlukan kejujuran. Jadi tidak ia akan meruntuhkan sesiapa pun.
Justeru itu, mereka mengambil iktibar daripada isu-isu yang timbul sebelum ini dan memberi kepercayaan kepada pihak pengurusan untuk mengurus kewangan serta membahagikan bayaran mereka secara adil.
Pengurusan kami sangat telus dan semuanya berkenaan dengan wang akan ada dokumen bertulis. Kami sudah fikirkan tentang perkara ini dari awal sebelum kami dikenali lagi dan mengambil pengajaran daripada pengalaman band terdahulu.
Kami tak pernah lepas tangan, soal duit kami mesti akan ambil tahu.
Setiap kerja dilakukan secara kumpulan, malah gaji juga sama rata.
Masdo berkata demikian pada sidang media Konsert Battle Of Time Exists X Masdo yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Asmawi menekankan bahawa mereka lebih menumpukan kepada kumpulan berbanding kepentingan diri masing-masing.
Kita di dalam band, kita perlu ada peranan masing-masing.
Bagi kami, popular itu menjadi hal nombor dua atau tiga tetapi yang paling penting adalah kekal relavan di dalam industri ini.
Dalam perkembangan lain, Masdo bersama Exists bakal beraksi sepentas di Dewan Merdeka, WTCKL pada 10 November ini. Konsert tersebut adalah anjuran Dennsa dan Sensorhythm dengan sokongan Kementerian Komunikasi bersama kumpulan My Creative Ventures.