Musim-musim panas ni, admin cukup suka kalau sembang pasal air. Mana taknya, korang cuba la bayangkan kalau dapat teguk air sejuk berisi ais ketul dalam cuaca panas terik sekarang ni. Nikmatnya tak terkata! Dapat air kosong pun dah seronok, inikan kalau dapat sirap bandung gelas besar! Uish terangkat.
Tapi tu lah, seronok tu seronok juga. Admin ni sebenarnya cukup tak senang hati kalau dengar macam-macam pantang larang dan mitos. Terutamanya bab makan minum ni. Yelah, tak ke seram kalau ada orang cakap macam ni…
“Jangan minum air sejuk sangat weh, nanti perut kau buncit!”
Jangan dibuat main bab perut. Admin ni bila dengar je ada orang larang itu ini, mula la menggelabah. Dah tak berani minum segala minuman favourite. Tapi korang jangan risau. Admin dah study pasal mitos-mitos ni semua. Ada yang betul, dan ada je yang tak betul.
Nak senang, apa kata korang try jawab soalan kat bawah ni dulu. Kita tengok pilihan jawapan korang tu tepat ke tak. Tu pun kalau korang power lah.
Haaa… macam mana? Ke korang main hentam je tu. Tapi takpe, korang jangan risau. Pendapat masing-masing kan. Apa pun, amalan minum air kosong lebih banyak kebaikan kita dapat berbanding kemudaratan. Yelah, korang pernah ke dengar orang tiba-tiba tenat sebab banyak minum air? Tak kan?
So, selagi mana air kita minum tu datang dari sumber air yang bersih. Confirm tak ada masalah!
Jangan minum air paip ye!
Jap… bila admin sebut air bersih tak bermakna semua air yang nampak jernih dan bersih tu elok untuk diminum tau! Contohnya air paip. Korang jangan pulak minum air paip direct!
Yelah, air paip kat rumah tu memang la namanya air terawat. Nampak jernih dan macam tak ada masalah je kan. Tapi malangnya air paip sebenarnya kurang sesuai untuk diminum secara terus. Kurang sesuai tau! Bukan la admin nak claim air paip tu bahaya. Minum je terus pengsan. Tidakkk…
Sebagai pengguna, korang kan mesti nak benda yang elok-elok je masuk dalam perut dan tubuh badan korang kan? Termasuklah air yang kita minum hari-hari tu. So, kalau korang nak tahu, air paip yang korang nampak bersih tu mengandungi beberapa bahan asing seperti klorin, fluorida, aluminium, kotoran, plumbum, parasit tahan klorin dan banyak lagi. Seram pulak kan?
Jadi, sebaiknya kita pengguna kena betul-betul pastikan kandungan klorin dan segala kotoran dalam air tu tiada. Baru la tak sakit perut!
Cara pastikan air betul-betul selamat untuk diminum
- Guna penapis air atau penulen air yang diselenggara secara berkala (Contoh: Coway)
- Masak air sehingga mendidih, kemudian sejukkan
- Dedahkan air pada cahaya matahari dalam tempoh yang lama. Seriously? Tapi betullah admin tak tipu!
Guna Coway, semua masalah air selesai!
Tapi apa pun, admin memang sangatlah pemalas untuk masak air, lepas tu nak tunggu sejuk kemudian isi dalam bekas lain pulak. Memang tidak la admin nak buat semua tu. Korang bagi la tips macam mana pun. Admin memang tak buat. Nak senang kerja, admin guna penapis atau penulen air Coway je la.
“Korang guna Coway tak?”
Kalau belum pasang penulen air Coway lagi dekat rumah. Admin sarankan korang cepat-cepat la pasang. Terutamanya mereka yang dah berkeluarga. Senang betul hidup. Nak air panas ke, nak air sejuk ke, nak air suam ke. Semua tekan je.
Paling penting air Coway ni rasa dia sedap. Haha. Admin tak tahu nak explain macam mana, tapi dia punya rasa sedap lain macam. Lagi best daripada air mineral dalam botol yang korang selalu beli dekat kedai tu. Segar betul rasa lepas minum.
Berkualiti & diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Bukan admin saja saja nak puji, tapi benda ni memang fakta dan kenyataan. Kalau korang nak tahu, Coway dah dapat pengiktirafan daripada pelbagai agensi, dalam dan luar negara. Rangkaian penulen air Coway juga mematuhi piawaian-piawaian antarabangsa untuk keunggulan prestasi, kualiti dan keselamatan di kategori masing-masing.
Paling penting Coway satu-satunya syarikat di dunia yang menerima cap ‘Gold Seal’ WQA untuk setiap produk. Selain itu, Coway juga ialah satu-satunya syarikat antarabangsa yang diiktiraf halal untuk semua penulen air dan penapisnya. Terbaiklah!
Unit terjual setiap minit
Okay gais, admin kalau nak beli atau guna sesuatu produk tu, memang admin kaji habis-habisan. Admin sebagai pengguna setia Coway bangga nak share dengan korang sebenarnya ada fakta menunjukkan Coway ni adalah jenama penulen air yang terlaris di Korea Selatan dengan jualan 700,000 unit setiap bulan!
Angka tu cuma jumlah jualan di Korea Selatan je tau dan tak termasuk lagi dengan jumlah bilangan di pasaran antarabangsa terutamanya Malaysia. Korang bayangkan la betapa larisnya produk penulen air Coway ni.
Mana tak laris kalau dah memang servis puas hati. Admin bagi 10/10 lah senang. Kalau korang tak yakin lagi tak tahulah. Jangan menyesal sudah! Bila dah ada Coway ni tak perlu susah-susah lagi nak membazir duit beli air mineral berbotol-botol.
1 Juta rumah dah guna Coway di Malaysia!
Fakta paling best admin nak share pasal Coway ni adalah, Coway dah berjaya capai 1 MILLION HOMES di Malaysia! Apa maknanya tu? Maksudnyaaa… satu (1) juta kediaman di Malaysia sudah pun memiliki Coway. Ini pencapaian yang luar biasa. Admin bangga tau untuk kesekian kalinya rumah admin pun tersenarai jugak dalam list 1 MILLION HOMES tu.
Yela, korang cuba tanya jiran sebelah rumah ada guna penulen air Coway tak kat rumah? Kalau korang belum pasang Coway better pasang dulu la baru tanya. Hehe. Nanti segan pulak orang sebelah jawab…
“bertahun dah saya guna Coway”
Kalau kawasan rumah admin tu sekali Cody (Coway staf) datang servis je. Kiranya kitaorang boleh servis berjemaah la. Admin yakin semua pilih Coway sebab konsep yang diamalkan Coway iaitu Live Pure ni menggalakkan seisi keluarga kita mengamalkan gaya hidup sihat.
Coway juga bersandarkan kepada pendidikan dan membekalkan pengguna dengan kepentingan menggunakan air bersih, penapisan air dan kualiti. Pada masa sama, team Coway sentiasa membuat pembangunan dan penyelidikan (R&D) supaya sentiasa memiliki akses kepada kemajuan teknologi terkini yang boleh dikemas kini dan melepasi piawaian pasaran. Senang cakap Coway sentiasa advanced la. Hebat kan?
Kalau dah rasa Coway ni hebat. Apa korang tunggu lagi tu, jom guna penulen air Coway hari ini jugak!
Sebarang maklumat lanjut korang boleh layari laman web Coway.