berita

[KUIZ] Penat Fikir Pasal Kerja? Kuiz Ini Akan Tentukan Kerjaya Paling Sesuai Untuk Korang

January 29th, 2019 | by Shafika
Kuiz Hari Ini

Kami yakin pasti di antara anda sering berfikir mengenai kerjaya mahu diceburi. Walaupun sudah bekerja, pasti ada satu ketika anda terfikir untuk bertukar kerjaya kerana tidak sesuai dengan diri anda. Apa kata sebelum itu, anda jawab kuiz ini. Mungkin boleh membantu anda untuk menentukan kerjaya anda?

Jadi, bagaimana dengan keputusannya? Jangan ambil serius dengan jawapan diberikan, walaupun ia mengecewakan namun pasti anda sudah nampak bayang-bayang diri anda bukan. Jika anda memilih lebih kepada agama, anda tahu pekerjaan anda haruslah berlandaskan syariat Islam yang kuat.

Jika anda cederung memilih kerjaya dunia glamour, anda layak menjadi selebriti. Apa kata mulakan statergi memperkenalkan diri anda di mata masyakat. Siapa tahu untung-untung boleh jadi artis?

Yang penting ikhlas bekerja!

Namun apa yang penting, setiap pekerjaan anda ceburi haruslah dilakukan dengan ikhlas dan sebaiknya. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tak salah mencuba sesuatu yang baru, mana tahu boleh jatuh cinta. Tak gitu?

Apa-apa pun kami ucapkan selamat maju jaya buat anda semua yang sedang mencari kerja ataupun yang sedang bekerja. Jangan lupa share kuiz ini ye, supaya rakan-rakan anda tahu bahawa belajar tidak menentukan kerja anda, tetapi minat anda lebih penting!

The following two tabs change content below.