Kulit muda dan sihat adalah impian setiap wanita tetapi realitinya, tanda-tanda penuaan mula muncul seawal usia lewat 20-an.
Tanpa kita sedar, proses penuaan semula jadi seperti kehilangan kelembapan, keanjalan dan kegebuan kulit sudah pun bermula.
Proses penuaan bukan salah korang tetapi ia disebabkan cellular senescence atau istilah mudahnya, ‘sel zombie’.
Sel ini bukan sahaja berhenti berfungsi, malah turut menyebarkan ‘vibes penuaan’ ke sel-sel muda lain. Tapi jangan panik, ada cara untuk melawan kesan ini.
Avène Hyaluron Activ B3, penyelamat kulit korang
Avène memperkenalkan teknologi baru yang melawan punca utama penuaan, iaitu cellular senescence, proses semula jadi di mana sel kulit menjadi ‘perlahan’ dan pembaharuan sel semakin berkurang.
Berita baiknya? Avène berjaya mencipta formula yang bantu memperbaharui sel kulit untuk kulit yang lebih anjal, licin dan muda.
Rangkaian Hyaluron Activ B3 bukan sekadar membantu melicinkan kedutan, tapi juga memulihkan keanjalan kulit, melembapkan hingga ke lapisan dalam dan memberi kesan ‘replumped’ yang nyata.
Hyaluron Activ B3 Concentrated Plumping Serum, dengan 99.5% bahan aktif memberi kesan tegang serta-merta sambil meningkatkan pembaharuan sel.
Korang juga patut cuba Renewal Firming Aqua Cream-in-Gel, krim serba guna dengan tekstur gel-krim yang menyegarkan, atau Triple Action Eye Cream, penyelamat mata letih yang melawan lingkaran gelap dan kedutan.
Tak kira siang atau malam, produk ini sesuai dengan rutin korang dan kulit akan rasa seperti diberi nafas baru.
Kombinasi dua bahan hebat untuk kulit anjal dan berseri
Apa yang buat Avène Hyaluron Activ B3 lain dari yang lain? Rangkaian ini diformulasi dengan Asid Hyaluronik Tulen dan Niasinamida 6% Ultra Pekat, gabungan dua bahan powerhouse anti-penuaan.
Asid Hyaluronik bertindak menghidrat dan mengisi semula kulit dari dalam, manakala Niasinamida membantu melambatkan proses penuaan sel, mengurangkan garis halus dan meningkatkan keanjalan.
Kulit korang akan terasa lebih lembut, plump dan berseri selepas beberapa minggu penggunaan.
Jom cuba sendiri Avène Hyaluron Activ B3!
Nak tahu betapa bagusnya produk ini? Jom singgah roadshow Avène Hyaluron Activ B3 di Mid Valley, LG Centre Court, dari 2 hingga 8 Disember 2024.
Di sini, korang boleh mencuba sendiri rangkaian ini, dapatkan analisis kulit secara percuma dan nikmati promosi istimewa.
Kulit muda dan sihat bukan sekadar impian, ianya bermula dengan langkah pertama. Mulakan perjalanan korang dengan Avène Hyaluron Activ B3 dan biarkan kulit korang bercakap tentang keyakinan yang sebenar.
Jangan lupa follow Facebook, Instagram mereka dan layari laman sesawang ini untuk info lanjut!