berita

Kumpul, Kongsi Dan Menang Hadiah Wang Tunai Sehingga RM64,000 Dari Farm Fresh!

August 11th, 2021 | by Nurul
Shout Out!

Tak lama lagi, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun, haa..korang dah stand-by ke tu? Kalau dulu, ramai yang dah bersemangat gantung bendera di rumah dan kenderaan. Lepas tu, pagi-pagi lagi dah siap satu keluarga untuk pergi tengok acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan. Bestnya bila ingat balik!

Tapi, walaupun tahun ni dan tahun sebelumnya kita tak dapat menyambut Hari Kemerdekaan disebabkan pandemik, jangan pulak kita dah tak bersemangat nak sambut Merdeka. Kenalah kenang jasa dan pengorbanan nenek moyang kita dulu yang bermati-matian memperjuangkan kemerdekaan.

Cakap pasal Merdeka, korang pernah terfikir tak kalau negara kita belum Merdeka dan masih lagi dijajah. Mesti jadi macam kat bawah ni kan?

Apa-apa pun, kita tak boleh biarkan semangat patriotisme kita luntur!

Sempena bulan Kemerdekaan yang bakal tiba ni, Farm Fresh ingin menyemarakkan lagi semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia dengan kempen Ini Bumi Merdeka Kita. Ini juga adalah sebagai salah satu usaha untuk mengenang erti sebenar MERDEKA dan meraikan perbezaan bangsa, budaya dan agama di bumi Malaysia yang tercinta ni.

Haa..inilah peluang dan masanya untuk korang tunjukkan semangat cintakan negara tu! Yang lagi best, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai sehingga RM64,000! Wow!

Ini antara hadiah yang korang bakal bawa pulang!

Hadiah Utama (Video Terbaik): RM10,000
3 x Pemenang Pertama kategori video x RM5,000: RM15,000
5 x Pemenang Kedua kategori video x RM3,000: RM15,000
12 x Hadiah Saguhati kategori foto X RM2,000: RM24,000

Macam mana nak menang?

Mudah je..Apa yang korang perlu lakukan adalah:

1. Beli dan kumpulkan set pek edisi Merdeka susu coklat UHT Farm Fresh 1L ATAU pek edisi Merdeka susu segar Farm Fresh 1L dan tangkap gambar pek dan resit-resit sebagai bukti pembelian. Pilih untuk kumpul salah satu tau. Jangan campur!

2. Muat naik foto (FB post/IG feed) atau video (FB Post/IG Feed, maksimum 1 minit) dengan menjawab soalan dengan cara atau kapsyen yang paling kreatif untuk soalan di bawah ini:

“Cow rasa, apa identiti Malaysia yang menjadi kebanggaan kita?”

Korang boleh juga masukkan pek di dalam gambar, tapi tak wajib tau!

3. Jangan lupa sertakan hashtag #IniBumiMerdekaKita #FarmFreshMerdeka2021 & pastikan akaun media sosial anda adalah “public”

4. Hantarkan pautan URL post korang ke www.inibumimerdekakita.com.my untuk pengesahan penyertaan korang.

5. Peraduan ini berlangsung dari 1 Ogos hingga 15 September 2021.

6. Pek edisi Merdeka ini hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia sahaja.

 

Apa lagi tunggu, jom pergi beli Pek Edisi MERDEKA Farm Fresh dan cuba untuk menang!

Jadi, sempena 64-tahun Merdeka ni, jom kongsikan apa agaknya identiti Malaysia yang korang banggakan, siapa tahu, mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang hadiah utama!

Yang penting, korang kena cari dan lengkapkan huruf-huruf MERDEKA yang terdapat di set pek edisi Merdeka Farm Fresh 1L ni.

Korang boleh dapatkan Pek Edisi Terhad Farm Fresh di pasaraya berdekatan korang atau nak lagi mudah, beli online je dari E-Mart untuk tingkatkan peluang korang untuk cukupkan kesemua huruf tersebut dan menang hadiah utama!

Semoga berjaya korang dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-64, Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, layari pertandingan laman web Farm Fresh.

SKIP THIS AD ×