berita

Kumpul Setem & Nikmati Pengalaman Ganjaran Yang Lebih Best Dengan Touch ‘n Go eWallet!

October 10th, 2020 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Dengan perkembangan teknologi dan norma baharu, dah jarang sangat orang nak guna cash. Kebanyakan daripada kita lebih selesa membuat transaksi secara cashless. Lebih cepat, mudah dan selamat!

Salah satu cara yang menjadi pilihan ialah dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Selain membeli-belah dengan Touch ‘n Go eWallet, korang juga boleh dapat tawaran yang best! Siap ada baucar pulangan tunai bila korang berbelanja dengan Touch ‘n Go eWallet tau!

Kalau nak tahu, Touch ‘n Go eWallet telah meningkatkan My Reward kepada yang lebih baik iaitu The Goal Hunter, yang menawarkan ganjaran tunai. Paling awesome, korang boleh pilih korang nak baucar dari kedai favourite korang tau! Jom tengok apa lagi yang best.

Sebanyak 5 ganjaran daripada kedai terpilih seperti Lazada, Tesco, Hermo & banyak lagi!

Dengan menekan butang start, korang dah boleh join kempen The Goal Hunter. Tapi, ianya terhad kepada 4 juta pengguna semasa kempen ini berlangsung. Kalau kata dah sampai limit tu, pengguna seterusnya tak dapatlah nak sertai. Jadi, korang kena cepat sertai sekarang tau!

Korang berpeluang menikmati baucar bernilai sehingga RM10 dan korang boleh pilih baucar dari kedai favourite korang. Antara kedai yang korang boleh pilih ialah Tealive, 7eleven, Family Mart, Lazada, Tesco, Hermo dan banyak lagi!

2 “stamp” 1 ganjaran – Dapatkan setem untuk setiap transaksi RM10 ke atas

 

Untuk sertai kempen ni, korang perlu menekan butang start untuk memulakan koleksi stamp yang ada dalam laman maklumat promosi supaya korang layak mengumpul mengikut kriteria kempen yang dah tersenarai.

Sepanjang kempen ini berlangsung, korang boleh dapat pelbagai stamp dalam satu hari. Tapi, ianya terhad kepada maksimum 10 stamp je tau.

Kempen ini akan bermula pada 5 Oktober 2020 hingga 31 Disember 2020 je tau! Nak ingatkan juga, kempen ni tertakluk kepada semua transaksi dengan perbelanjaan minimum RM10 dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Aplikasi menarik dengan tawaran & promosi #LebihBanyakEkstra

Selain daripada cashback, korang juga boleh enjoy pelbagai promosi yang mereka tawarkan dari kedai-kedai yang terpilih!

Dari kod promo, tawaran insurans, diskaun, dan juga ganjaran tunai, semua ada dengan hanya menggunakan Touch ‘n Go eWallet di bawah “My Reward”. Try la usha dulu kedai apa yang terlibat tu.

Tunggu apa lagi tu? Jom sertai “My Reward” The Goal Hunter sekarang!

Tak tahu macam mana nak sertai? Senang je… korang ikut je steps kat bawah ni:

  1. Tekan “Start” untuk aktifkan The Goal Hunter.
  2. Membuat pembelian sekurang-kurangnya RM10 dalam satu transaksi melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengumpulkan satu setem.
  3. Untuk setiap dua setem yang dikumpulkan, korang boleh menuntut baucar ganjaran pilihan korang.
  4. Ganjaran secara automatik berlaku pada pembelian anda yang seterusnya.*

Bukan tu je, korang juga boleh nikmati baucar pulangan tunai yang korang nak asalkan ikut had yang sedia ada. Untuk maklumat lanjut tentang The Goal Hunter, korang layari je laman web INI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

SKIP THIS AD ×