berita

Kunci Pintu & Bersalin Dalam Bilik, Gadis 17 Tahun Ditemui Maut Bersama Bayi Baru Dilahirkan

September 7th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang gadis berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia bersama bayi yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di Kecamatan Glenmore, Indonesia.

Ibu dan bayi meninggal dunia

Menerusi laporan media Indonesia, gadis berkenaan dipercayai meninggal dunia selepas melahirkan bayi lelaki pada 31 Ogos lalu. Menurut Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banyuwangi iaitu Iptu Agus Winarno, insiden tersebut hanya disedari oleh ibu mangsa selepas curiga anak perempuannya itu tidak keluar dari biliknya sejak 30 Ogos. Bimbang sesuatu perkara buruk berlaku, ibu bapa mangsa cuba memeriksa keadaan mangsa tetapi pintu bilik berkenaan berada dalam keadaan terkunci.

Oleh hal demikian, mereka telah meminta bantuan salah seorang ahli keluarga untuk membuka pintu berkenaan namun tidak berjaya. Mereka kemudian cuba memasuki bilik melalui tingkap dan alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa sudah terbaring dalam keadaan berlumuran darah sementara seorang bayi lelaki berada bersebelahan ibunya. Ahli keluarga mangsa kemudian melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis dan seorang lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan teman lelakinya telah menjalin hubungan sejak tahun 2021 dan pernah melakukan hubungan intim pada awal di Desember 2021 lalu. Difahamkan, keluarga mangsa telah reda dengan kejadian tersebut dan mereka enggan melakukan bedah siasat ke atas jenazah mangsa.

Sumber: Adatah

SKIP THIS AD ×