berita

‘Kurang Ajar! Aku Test BM Kau Belum Tentu Lepas Dik’ – Cikgu Zack Kirana

February 20th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, viral di media sosial apabila seorang penyampai radio memuat naik video Tik Tok memperlekeh seorang guru Sains di sebuah saluran TV pendidikan. Oleh itu, penyampai radio yang dikenali sebagai Yusuf itu telah digantung tugas serta merta oleh pihak pengurusan stesen radio berkenaan.

Artikel berkaitan: Penyampai Radio Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris Digantung Tugas

Artikel berkaitan: Penyampai Radio Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris Digantung Tugas

Artikel berkaitan: ‘Saya Bangga Jadi Cikgu’ – Guru Sains Ini Akui Kelemahan Diri

Di Twitter, seorang guru Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Cikgu Zack Kirana meluahkan rasa geram sebaik sahaja melihat video Tik Tok penyampai radio tersebut. Menurutnya, individu tersebut sangat ‘kurang ajar’ dan tidak menghargai usaha guru itu.

Niat nak ajar anak bangsa

Menerusi Twitter cikgu Zack Kirana, dia mendakwa penyampai radio tersebut belum tentu mahir dalam Bahasa Melayu sekiranya dia pula melakukan ujian terhadap individu berkenaan. Tambahnya pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak-anak bangsa di Malaysia sangat besar.

Sebab tu saya suka content @adibahnoor yang membetulkan kesalahan. Itu barulah membina. Beri ilmu supaya orang tak ulang yang sama. Bukannya gelakkan orang macam baru pertama kali dapat gelak dalam hidup. Kita semua judgemental. Tapi cukuplah kita tahu, apa yang kena simpan, apa yang kena tunjuk.

Jelasnya lagi, dia suka melihat cara penyanyi, Adibah Noor ketika membetulkan kesalahan seseorang. Ujarnya lagi, cara Adibah Noor itu merupakan cara yang membina dan beliau tidak memperlekehkan individu lain apatah lagi mentertawakan individu yang melakukan kesalahan tersebut.

Sumber: Zack Kirana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×