berita

‘Saya Bangga Jadi Cikgu’ – Guru Sains Ini Akui Kelemahan Diri

February 19th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Terdahulu, seorang penyampai radio terima kecaman dari netizen apabila tindakannya memuat naik video di laman TikTok seolah memperlekehkan seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di saluran televisyen. Dia bagaimanapun telah digantung tugas dan tampil memohon maaf kepada guru berkenaan.

Artikel berkaitan: Penyampai Radio Perlekeh Guru Mengajar Bahasa Inggeris Digantung Tugas

Artikel berkaitan: ‘Video Perlekeh Guru Bukan Lucu Bahkan Sangat Biadap’ – Penyampai Radio Tampil Mohon Maaf

Guru yang dikenali Rafidah Rahmat ini memuat naik status di laman Facebook, mengakui kelemahan diri dan berjanji akan memperbaiki kemahiran bahasanya demi mendidik anak bangsa.

‘Saya bangga jadi cikgu’

Status cikgu Rafidah Rahmat itu telah mencuri perhatian ramai. Rata-rata pengguna media sosial memberi kata-kata positif dan semangat buat dirinya untuk terus mendidik anak bangsa. Posting berkenaan dimuat naik bersama keratan doa agar dimudahkan urusan.

Saya akui kelemahan yang berlaku dan bersedia untuk belajar dan memperbaikinya. Saya bangga jadi cikgu.

Teruskan semangat cikgu

Rata-rata netizen mengambil kesempatan untuk memberikan kata-kata semangat kepada cikgu Rafidah. Malah, mereka turut menasihati supaya cikgu Rafidah tidak perlu menghiraukan kata-kata mahupun kecaman terhadap orang lain terhadap dirinya. Mereka juga berterima kasih kepada guru berkenaan kerana telah berbakti memberi ilmu kepada para pelajar.

Sumber: Rafidah Rahmat

SKIP THIS AD ×