Partner korang curang dengan korang? Tapi korang sendiri tak tau apa salah korang? Tak apa harini Sis nak share dengan korang kenapa partner kita ni boleh curang dengan kita. Mana tau kita boleh ubah ke sikit-sikit diri kita or memang dah ‘nature‘ dia untuk curang.
1. Kurang Attention
Tak kira lelaki ke perempuan ke dia mesti nak attention lebih dari partner kan? Bila kita kurang attention ni, mula lah partner kita akan start text dengan orang lain, spend most of their time dengan orang lain. Bila dia dah selesa dengan orang tu, mula lah dia akan curang dengan kita.
Tapi kalau kita busy dengan kerja nak buat macam mana? :(
Redha jela dan cari pasangan lain yang boleh faham kita dan appreciate kita lebih dari dia.
2. Tak Serious Dengan Kita
Boleh jadi yang partner kita tak pernah serious pun dengan kita selama ni, sebab tu dia boleh curang. Dia hanya nakkan kita sebab kita fill gap loneliness dia tu. Disebabkan dia takut nak minta putus, dia curanglah. Dekat situ barulah dia boleh pilih nak stay dengan siapa. Jahat kan?
3. Sayang Ex
Haa jenis macam ni selalu juga jumpa. Bila tengok ex dah single ke, or ex contact balik, mula lah gatal nak contact dia juga. Jangan cari partner kalau korang tak boleh move on dengan ex lagi, stop sakitkan hati partner korang!
4. Tak Suka Dressup
Biasanya bila kita dah selesa dengan orang tu, kita tak kisah pun keluar dengan dia pakai selekeh je. Haa ada yang jenis bosan bila kita buat macam tu. Dia nak kita sentiasa jaga penampilan depan dia, pakai cantik-cantik. Bila bosan dengan keselekehan kita, mula lah dia pandang orang lain.
5. Bosan
Bila dia dah bosan dengan perangai kita, mula lah dia cari orang lain. Bukannya nak bagitau or minta break kalau dah start bosan. Tak salah pun kalau terus terang, at least takdelah kita syok sendiri kan?
6. Memang Player
Kita pun tak tau kan kalau partner kita tu sebenarnya player ke tak. Jenis macam ni pantang nampak lelaki handsome sikit or perempuan cantik sikit mula lah laju je mata dia pergi. So hati-hati lah dengan orang jenis macamni, jangan mudah sangat jatuh cinta dengan ayat manis diaorang.
Ok Sis dah terangkan dekat korang kenapa partner korang curang. Ada certain benda kita boleh ubah, ada yang tak. Jadi korang hati-hatilah semasa memilih pasangan, jangan sampai hati sakit lagi!
Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!