Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak mengurung diri di dalam bilik selepas mengalami gejala Covid-19. Dia yang berasal dari Claremont, California mula berasa tidak sihat pada 4 Julai. Namun, pada 9 Julai, dia meminta bantuan ibu membawanya ke hospital dan disahkan negatif selepas menjalani ujian swab.
Sakit dada, loya
Foto: https://losangeles.cbslocal.com/
Walau bagaimanapun, remaja yang dikenali sebagai Maxx Cheng itu ditemui meninggal dunia di dalam bilik pada malam Khamis lalu.
Pada awalnya, dia berasa sakit di bahagian dada, loya dan muntah-muntah. Selepas menjalani ujian swab, dia mengasingkan diri di dalam bilik kerana gejala yang dialaminya.
Kakak mangsa, Charlotte Cheng memberitahu mereka keliru berikutan adik disahkan negatif virus tetapi mempunyai gejala-gejala jangkitan. Mereka telah melakukan carian di internet dan sah ciri-ciri itu ada.
Beberapa hari selepas itu, keluarga menjumpainya terbaring tidak sedarkan diri di dalam bilik.
Meninggal dunia dalam bilik
Foto: https://losangeles.cbslocal.com/
Kami ke bilik seperti biasa untuk memantau keadaannya. Namun dia tidak menjawab.
Kami dapat tahu dia sudah tidak sedarkan diri.
Kata kakak mangsa lagi, batuknya sudah berkurangan malah tiga hari sebelum meninggal dunia demamnya sudah surut.
Tambah keluarga, mangsa mengamalkan gaya hidup yang sihat selain menyertai pasukan renang di sekolah. Mangsa juga memasang impian untuk ke Olimpik.
Keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian mangsa akan diperoleh dalam tempoh masa beberapa hari akan datang.
Sumber : Daily Mail