Usaha murni pelakon jelita, Mawar Rashid ini dipuji netizen selepas dia mewujudkan satu tabung dana buat adik Shahir Shamin yang menderita akibat saluran jantung terkalih, usus tersumbat dan masalah saluran pernafasan sempit.
Menerusi Instagram Mawar, dia memberitahu bahawa usaha tersebut dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga bayi itu.
Hati luluh bila tengok si comel ini
https://www.instagram.com/p/B7NZNg8ACXw/
https://www.instagram.com/p/B7Q8KKQgepW/
Melalui posting tersebut, dia meluahkan perasaan sebak sebaik sahaja melihat dugaan yang harus ditempuh si comel itu dan keluarganya. Mulai detik itu, dia memasang niat untuk melawat keluarga tersebut dan memberikan bantuan semampu yang mungkin. Tambahnya, ibu bayi tersebut turut menyenaraikan beberapa barang keperluan yang diperlukan.
Terima kasih semua
Update terbaru. Kutipan dah dapat RM 15k++ Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Rakyat Malaysia yang prihatin. Terima kasih kerana sama-sama bantu. Rezeki baby comel.
Setakat ini, Mawar bersyukur dan berterima kasih buat semua masyarakat yang memberi sumbangan sebanyak RM15 ribu untuk adik Shahir Shamim. Wang yang dikumpul itu membolehkan dirinya membeli kesemua barang keperluan yang disenaraikan oleh ibu bayi itu.
Sumber: Mawar Rashid