Selain ibu bapa, guru merupakan insan yang perlu disanjung kerana mereka memberi didikan dan membentuk seseorang individu sehingga menjadi insan berguna pada masa hadapan. Namun begitu, seorang guru meluahkan rasa terkilan dengan sikap biadab segelintir pelajar pada masa kini yang sudah hilang rasa hormat terhadap para pendidik.
Di Facebook, Mohd Fadli Salleh terkejut apabila terbaca beberapa komen biadab segelintir pelajar yang menghina guru mereka secara terbuka di media sosial.
Langsung tidak hormat
Seorang kawan share link Instagram dan minta aku baca komen-komen dalam tu. Terkedu aku baca. Speechless. Ayat-ayat yang keluar dari segelintir pelajar yang komen sangat-sangat biadab, menghina guru sendiri dan langsung tiada hormat. Bayangkan ada yang komen kata cikgu tu bodoh, ada yang cuba bayangkan cikgu dia ‘main’ masa pregnant, gelakkan cara guru berjalan, gelak dan mentertawakan guru mereka yang mengandung.
Ada pula yang memberi alasan dia bodoh maths sebab cikgu maths dia mengandung. Kau tu dah bebal sejak azali, malas pula membaca dan ulangkaji. Pergi salahkan cikgu buat apa? Aihh, geram pula aku. Apa mereka ingat mereka lahir dulu keluar ikut pokok durian ke apa? Mak korang pun mengandung macam tu juga. Bahkan korang esok dah kahwin ada rezeki anak, terkengkang juga bawa baby yang membesar dalam perut.
Menurut Fadli, dia kecewa membaca kesemua komen biadab para pelajar yang menghina guru mereka. Lebih menyedihkan, ada pelajar yang sanggup memberikan alasan mereka tidak dapat menguasai subjek Matematik disebabkan guru tersebut hamil.
Mendidik akhlak part paling payah
Sekadar gambar hiasan
Apa seronok ke orang mempersendakan mak kita yang sarat mengandung? Apa ia kelakar bila kakak kita, adik perempuan kita, isteri kita, bahkan diri kita digelakkan, dihina, dimalukan kerana mereka mengandung? Jika cikgu-cikgu mereka membaca komen-komen biadab ini, pasti cikgu-cikgu mereka sangat terguris hati. Nak buat lawak bukan mempersendakan orang mengandung. Tak kira la dia kerja cikgu ke, cleaner ke, peguam ke.
Ilmu itu boleh diajar dan boleh belajar. Tapi adab dan akhlak ni, jika rosak tiada guna ilmu tinggi, rupa cantik, harta bertimbun. Terus jadi hina dan dibenci orang. Mengajar ilmu itu tidak susah, mendidik akhlak itulah part yang paling payah. Hendak memanusiakan manusia agar tidak berakhlak seperti binatang tiada akal inilah part paling mencabar. Semoga adik-adik semua kembali menjadi manusia yang boleh berfikir dengan akal yanh waras. Bukan seperti binatang tanpa akal dan perasaan. Maaf kasar sikit. Tapi memang sengaja pun tulis kasar sikit kali ni biar terasa sampai ke ulu hati mana yang terlibat.
Pada masa yang sama, sebagai guru dia mengakui bahawa mendidik akhlak merupakan perkara paling sukar berbanding memberikan ilmu kepada para pelajar. Dia turut berharap kesemua pelajar tersebut sedar akan kesalahan mereka dan berfikiran lebih waras selepas ini sebelum memuat naik sesuatu di sosial media.
Sumber: Mohd Fadli Salleh